
“Kontrak Saya Dan Swarovski Tamat Disember 2020” – Neelofa
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak pagi tadi media sosial hangat memperkatakn mengenai maklum balas syarikat batu kristal, Swarovski yang mendedahkan bahawa mereka tidak lagi bekerjasama dengan pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa.
Ianya didedahkan oleh Swarovski selepas beberapa netizen di laman Twitter membuat perbandingan impilakasi yang terjadi pada selebriti Korea Selatan dimana mereka akan digugurkan sebagai duta jika terpalit dengan isu seakan sama dengan Neelofa.

Penjelasan ringkas tersebut bagaimanapun tidak menjelaskan mengapakah kerjasama tersebut berakhir dan adakah ia ada kaitan dengan kontroversi yang membabitkan Neelofa baru-baru ini.

Neelofa tampil beri penjelasan
Enggan perkara tersebut disalah ertikan, Neelofa kemudiannya tampil menjelaskan bahawa kerjasama antara Swarovski bersamanya sudahpun ditamatkan pada Disember 2020.
Tambahnya meskipun kerjasama mereka sudah berakhir, dia dan syarikat batu kristal mewah itu masih mempunyai hubungan yang baik.
“Kontrak saya bersama Swarovski sudah pun tamat pada Disember 2020 lalu namun kami masih mempunyai hubungan yang baik dan akan terus kekal begitu. Harap ianya menjelaskan” tulisnya di Twitter.
Salam. My contract with Swarovski did end back in December 2020 but we still have a good relationship and will remain that way. Hope this clarifies 🤍
— Neelofa (@Neelofa) April 30, 2021
Sebagai rekod, Neelofa adala wanita berhijab pertama dunia muncul sebagai penghias billboard jenama mewah itu. Malah, baju pernikahnya baru-baru ini turut dihiasi dengan 5,000 batu kristal Swarovski.