fbpx
Now Reading
“Saya Nampak Sendiri Papa Kerja Keras” – Dafi Luah Rasa Bangga Bapa Dilantik Sebagai Timbalan PM

“Saya Nampak Sendiri Papa Kerja Keras” – Dafi Luah Rasa Bangga Bapa Dilantik Sebagai Timbalan PM

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seperti umum ketahui, Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Perkara ini telah diumumkan dan berkuatkuasa mulai semalam iaitu 7 Julai. Pelantikan tersebut dibuat oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia.

Dafi gembira dengan pelantikan bapa

Foto: IG Dafi

Menerusi laporan Harian Metro, anak kepada Ismail Sabri iaitu penyanyi Dafi sangat gembira dan berbangga dengan pelantikan tersebut.

Malah dia dan seluruh ahli keluarga akan sentiasa menyokong penuh kerja keras yang dilakukan oleh bapanya kepada negara.

“Saya tumpang gembira dengan pelantikan ini. Sebagai anak saya sangat berbangga dengan setiap kejayaan yang beliau terima selama berkecimpung dalam bidang politik.

“Saya akan sentiasa memberikan sokongan penuh kepadanya. Kita semua tahu yang dunia politik ini adalah minat utamanya.”

Nampak sendiri usaha keras

Ujar penyanyi yang terkenal dengan lagu Bila Terasa Rindu ini, dia telah melihat sendiri usaha keras ayahnya untuk menjanjikan yang terbaik buat keselesaan dan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia.

Tambahnya lagi, pencapaian cemerlang bapanya selama ini telah membuatkan dia berasa kagum dan berharap Ahli Parlimen Bera ini mampu menggalas tanggungjawab yang telah diberikan dengan sebaik mungkin.

Foto: IG Dafi

“Saya tahu dia suka dengan kerjanya, tapi saya juga kasihan melihat keadaan dirinya yang penat bekerja.

“Tambahan pula tidak semua orang betul-betul menghargai apa yang dia lakukan. Saya tidak menyalahkan sesiapa dalam hal ini kerana faham keadaan sekarang orang ramai yang tertekan serta ada sesetengah yang tidak sependapat dengannya. Namun, perkara ini sudah menjadi asam garam dan sebahagian daripada kerjayanya.”

Berusaha sebaik mungkin untuk membantu rakyat

Bercerita lebih lanjut, Ismail Sabri sering bertanya kepadanya mengenai mesej peribadi yang diterima orang ramai mengenai keluhan yang dihadapi dan ingin cuba membantu dengan sebaik mungkin.

Foto: IG Dafi

Kredit Foto: Jovian Mandagie

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.