fbpx
Now Reading
Dikecam Hebat Kerana Guna ‘Remix’ Laungan Azan, Mnet Akhirnya Tampil Mohon Maaf

Dikecam Hebat Kerana Guna ‘Remix’ Laungan Azan, Mnet Akhirnya Tampil Mohon Maaf

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/xuxindr/status/1435250950071980036

Sejak semalam nama sebuah saluran televisyen Korea Selatan, Mnet hangat diperkatakan di media sosial selepas netizen mendapati mereka menggunakan laungan azan dalam runut bunyi satu program terbitannya.

Mnet difahamkan telah menggunakan laungan azan yang telah di’remix’ bersama lagu lain bagi bahagian intro Episod pertama program Street Woman Fighter  yang dimuat naik di YouTube mereka, pada 24 Ogos lalu.

Tindakan yang disifatkan biadap tersebut nyata mendapat kecaman netizen di seluruh dunia khususnya mereka yang beragama islam termasuk dikalangan peminat muzik K-Pop sendiri.

Orang ramai terutamanya peminat K-Pop kemudiannya mengasak meminta Mnet untuk menukar muzik intro tersebut dan memohon maaf sehinggakan tanda pagar #Mnetapologize menjadi trending di Twitter.

Diambil dari kumpulan British, Losers bertajuk ‘Azan’

Carian kami kemudiannya mendapati lagu remix tersebut sebenarnya diambil dari bahagian verse sebuah lagu instrumental bertajuk Azan yang dihasilkan sebuah kumpulan dari Britain, Losers.

Mnet akhirnya minta maaf

Berterusan diasak, Mnet akhirnya tampil membuat permohonan maaf kepada penonton mereka dan orang ramai diatas kontroversi yang timbul.

“Lagu tersebut adalah runut bunyi elektronik yang didaftarkan secara rasmi di sebuah laman streaming.

“Pihak produksi pada waktu itu menyangkakan ianya sesuai dijadikan muzik latar bagi program berkenaan. Kami tidak mempunyai apa-apa niat lain.

“Kami dengan ini sepenuh hati memohon maaf dia atas segala ketidakselesaan yang anda anda alami ” kata Mnet menerusi kenyataan tersebut.

Mereka dalam masa sama turut memaklumkan sudah membawa turun video tersebut dan akan memuatnaiknya kembali sebaik selesai menggantikan muzik latar yang baharu.

Street Woman Fighter, adalah sebuah program pertandingan menari untuk wanita yang dihoskan oleh penyanyi terkenal, Kang Daniel. Jurinya pula adalah Taeyoung NCT, Psy dan BoA.

Bukan pertama kali jadi runut bunyi

Sebagai rekod, ini bukan pertama kali lagu ini dijadikan runut bunyi atau muzik latar. Lagu sama juga pernah menjadi muzik latar bagi trailer game Far Cry 3.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.