fbpx
Now Reading
Positif Dadah, Pelakon Serta Pengarah & Penolong Pengarah Ditahan Di Kuala Kangsar

Positif Dadah, Pelakon Serta Pengarah & Penolong Pengarah Ditahan Di Kuala Kangsar

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang pelakon berusia 29 tahun ditahan dalam satu serbuan selepas disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah di Kuala Kangsar, Perak.

Selain pelakon berkenaan, seorang pengarah dan penolong pengarah masing-masing berusia 49 dan 47 tahun turut ditahan didalam serbuan itu hasil maklumat orang awam.

Kesemua mereka ditahan dalam satu serbuan oleh anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar serta dibantu anggota Balai Polis Kuala Kangsar di sebuah rumah di Persiaran Taman Chandan Putri 2 sekitar jam 7.15 pagi semalam.

Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati pelakon dan pengarah itu positif dadah jenis THC atau Tetra Hydrocannibo. Penolong pengarah itu pula didapati positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine lapor Awani.

Sewaktu serbuan dijalankan, kesemua mereka difahamkan berada dalam bilik berasingan.

Berada di Kuala Kangsar untuk jalani penggambaran

Menerusi laporan mStar, kesemua mereka berada di sana untuk menjalani satu penggambaran.

Namun sewaktu serbuan ke sebuah rumah di Persiaran Taman Chandan Putri 2, Kuala Kangsar kira-kira pukul 7 pagi , pihak polis telah menemui bungkusan lutsinar berisi cebisan daun kering disyaki dadah jenis Cannabis serta bungkusan plastik berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine pada ketiga-tiga suspek.

Polis turut menjumpai dan merampas botol kaca dan plastik yang diubahsuai bersama corong kaca disyaki alat untuk menghisap dadah.

Ketiga-ketiga mereka kini disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. 

Kini direman dua hari

Menerusi kemaskini terbaharu, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid memaklumkan ketiga-tiga mereka kini direman selama dua hari bermula hari ini.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.