Ganti Tugas Sahabat, Vin Diesel Iringi Anak Mendiang Paul Walker Pada Majlis Perkahwinannya
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum pasti mengetahui aktor terkenal Hollywood, Vin Diesel sememangnya mempunyai hubungan yang rapat bersama rakan selebriti, mendiang Paul Walker.
Malah dia antara sahabat yang begitu terkesan dengan pemergian Paul Walker pada 8 tahun lalu apabila gagal menahan air mata setiap kali bercerita tentang rakannya itu apabila ditemuramah.
Terbaru, Vin Diesel membuktikan hubungannya bersama mendiang bukan sekadar sahabat rapat malah lebih dari keluarga apabila hadir ke majlis perkahwinan anak mendiang, Meadow Walker dengan pelakon Louis Thornton-Allan.
Bukan itu sahaha, dia turut menggalas tugas sahabat baiknya itu, dengan mengiringi Meadow sebelum lafaz perkahwinan di hari bahagianya itu, lapor E-news.
Momen menyentuh hati itu turut dikongsikan sendiri oleh Meadow Walker di akaun instagramnya sebentar tadi.
Dia menerusi satu lagi perkongsian telah memuat naik video sewaktu majlisnya berlangsung sebagai memberitahu orang ramai yang dia secara rasmi sudah berkahwin dengan suaminya Louis Thornton-Allan.
“We’re married! “
Didalam video tersebut Meadow dilihat memakai gaun Givenchy ‘halterneck‘ yang menawan, dipadankan dengan vel putih semasa hari bahagian di sebuah pantai.
Vin Diesel kemudian dilihat muncul bersama beberapa lagi pengiring pengantin dan ahli keluarga mereka.
Difahamkan Vin Diesel juga merupakan Godfather atau bapa baptis kepada Meadow, malah dia dan ahli keluarganya sememangnya rapat dengan anak mendiang sahabatnya itu dari dahulu lagi.
Sebagai rekod, Paul Walker maut dalam satu kemalangan pada 2013 sewaktu Meadow baru berumur 15 tahun.
Kematiannya juga menyebabkan penggamabran filem Fast and Furious 7 terhenti seketika sebelum mereka produksi membuat keputusan memilih dua adik beradiknya, Caleb Walker dan Cody Walker untuk menghabiskan baki 260 shots-nya.