Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Pelakon terkenal Indonesia, Nia Ramadhani dan suaminya, Ardi Bakrie dikenakan hukuman penjara selama setahun selepas didapati bersalah menggunakan dadah oleh Mahkamah Pengadilan Negeri (PN) Jakarta Pusat.
Hukuman itu diputuskan barisan hakim yang diketuai Hakim Muhammad Damis dalam perbicaraan yang berlangsung semalam, 11 Januari.
Selain Nia dan Ardi, pemandu mereka iaitu Zen Vivanto turut dijatuhi hukuman sama.
Foto : Detik Hot
Menerusi laporan media tempatan, pihak mahkamah mendapati Nia, Ardi dan Zen wajar dijatuhkan hukuman penjara memandangkan sudah cukup bukti untuk menghukum mereka.
“Selepas semua penilaian dilakukan, Nia Ramadhani, Ardi Bakrie dan Zen Vivanto didapati bersalah kerana terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
“Ketiga-tiga mereka akan dihukum penjara selama setahun,” kata Muhammad Damis.
Nia sebaik keputusan dibaca dilihat menundukkan kepala lalu menitiskan air mata sebelum Ardi cuba memujuknya.
Foto : Kapan Lagi
Terdahulu ketiga-tiga mereka Nia dikehendaki menjalani pemulihan dadah selama 12 bulan sebelum dimasukkan ke Fan Campus, Cisarua di Jawa Barat.
Mereka ditangkap di kediaman Nia dan Ardi di Pondok Indah, Jakarta Selatan. Sewaktu serbuan dijalankan, polis turut menjumpai satu klip dadah jenis syabu bersama alat untuk mengambil dadah.