fbpx

“Kita Pakai 2 Lawyer Lah” – Puteri Sarah Lantik Peguam Untuk Selesaikan Isu Rumah Tangga

Puteri Sarah Liyana yang berang kerana asyik diganggu oleh individu tersebut telah bertindak untuk melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila pelakon, Puteri Sarah telah mendedahkan kontroversi yang sedang melanda rumah tangganya yang dipercayai telah diganggu dengan kehadiran orang ketiga.

Menerusi pendedahannya di media sosial itu, wanita yang mengganggu rumah tangganya itu merupakan anak kepada seorang pelakon senior Kazar Saisi iaitu Ira Kazar.

Tambahnya, dia telah diganggu oleh individu tersebut sejak beberapa tahun.

Bakal lantik 2 peguam untuk selesai isu ini

Tidak mahu berdiam diri atas apa yang berlaku kepada rumah tangganya, Puteri Sarah memaklumkan akan melantik dua orang peguam bagi berhadapan dengan wanita berkenaan.

“Ok next! Kita pakai 2 lawyer lah. Ke pakai 10 lawyer macam Siti Bainun, small worm like this 2 pun dah cukup,” katanya di dalam IG Story.

Foto: IG Story Puteri Sarah Liyana

Tidak cukup dengan itu, Puteri Sarah turut menunjukkan satu tangkap layar yang menyatakan individu tersebut tidak kisah jika beliau melantik peguam.

Sembang macam pandai sangat

Foto: IG Story Puteri Sarah Liyana

“Ss (tangkap layar) I dapat sembang macam pandai sangat.

“Awak tak tahu dunia yang sebenar, jangan sampai nanti kena isytihar bankrap tinggal bawah jambatan, @legalaismy tengok dia kutuk awak, Jom lawan,” kata Puteri Sarah lagi.

Sebelum ini, media ada melaporkan berkaitan pendedahan Puteri Sarah yang memaklumkan beliau diganggu oleh Ira Kazar dengan membuat pelbagai akaun palsu di media sosial serta telah meninggalkan beberapa mesej yang mengundang rasa sakit hatinya.

Malah dia turut mendakwa wanita itu tidak tahu malu kerana mengganggu suaminya sedangkan sudah mempunyai kekasih hati.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.