fbpx
Now Reading
Terima Ugutan Lepas Keluar Kenyataan Kontroversi, Zul Huzaimy Akui Menyesal Tak Hati-Hati Bila Bercakap
Zul Huzaimy akui menyesal

Terima Ugutan Lepas Keluar Kenyataan Kontroversi, Zul Huzaimy Akui Menyesal Tak Hati-Hati Bila Bercakap

Zul Huzaimy dalam masa sama turut menyatakan bahawa dia hanyalah seorang manusia yang tidak lari dari membuat silap dan akan lebih berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan di masa hadapan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, tular video di media sosial yang memaparkan pelakon, Zul Huzaimy telah mengeluarkan kenyataan kontroversi yang berbaur perkauman.

Susulan dari video tersebut, dia kemudian tampil memohon maaf secara terbuka menerusi media sosial selain memberi kerjasama dengan pihak polis untuk membuat siasatan lanjut berhubung perkara itu.

Baca artikel berkaitan: Polis Buka Kertas Siasatan Lepas Zul Huzaimy Keluar Kenyataan Kontroversi

Pelakon akui terima ugutan, tak nak ulas lanjut kerana masih dalam siasatan polis

Terbaharu, disebabkan ketelanjurannya itu, Zul Huzaimy memaklumkan bahawa dia ada menerima ugutan.

Memetik Kosmo, Zul bagaimanapun tidak mahu mengulas lebih lanjut berhubung ugutan yang diterimanya itu memandangkan kes berkenaan masih dalam siasatan polis.

“Memang saya ada terima ugutan tapi saya tidak boleh dedahkan perkara itu dengan lebih lanjut kerana kes masih lagi dalam siasatan.

“Saya juga telah dipanggil pihak polis dan sudah pun memberikan kerjasama sebaiknya,” jelas pelakon itu.

Menyesal dengan apa berlaku, jadikan sebagai pengajaran

Pelakon yang berumur 43 tahun itu turut mengakui bahawa dia menyesal dengan apa yang berlaku serta menjadikan insiden berkenaan sebagai pengajaran kepada dirinya.

Jelas pelakon itu lagi, dia merupakan seorang manusia yang tidak lari dari membuat silap serta menyatakan akan lebih berhati-hati di masa akan datang sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Saya sebenarnya bukanlah artis yang sukakan kontroversi. Sebelum ini pun mana ada saya buat apa-apa perkara yang mendatangkan kontroversi. Ada?

“Semua orang pelik, kenapa saya jadi begitu? Jadi itulah manusia sebenarnya dan saya berharap orang ramai memahami apa yang berlaku adalah lumrah sebagai seorang manusia,” katanya.

Nafi ada pihak yang minta bercakap begitu

Zul dalam masa sama turut menafikan bahawa ucapan yang didakwa berbaur perkauman itu ada melibatkan mana-mana pihak berkepentingan yang memintanya berbuat demikian.

“Bila sudah terjadi kontroversi seperti ini, sudah tentu seseorang itu akan rasa kesal. Itulah manusia. Lagipun saya tidak ada niat.

“Selepas ini saya akan terus memberi ceramah sekiranya mendapat undangan. Sebab saya masih lagi ikon permotoran tetapi akan bercakap mengenai permotoran saja. Tidak lagi membabitkan benda-benda sebegitu (berbaur perkauman),” ujarnya lagi kepada Kosmo.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.