fbpx
Now Reading
Bekas Isteri Dakwa Pernah Dipukul, Afiq Muiz Tampil Buat Laporan Polis Untuk Bersihkan Nama
Afiq buat report polis

Bekas Isteri Dakwa Pernah Dipukul, Afiq Muiz Tampil Buat Laporan Polis Untuk Bersihkan Nama

Menurut Afiq laporan itu dibuat untuk membersihkan namanya selepas didakwa pernah memukul bekas isteri hingga menyebabkan kaki dan jarinya patah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak kebelakangan ini, hangat di media sosial apabila pelakon Afiq Muiz didakwa pernah memukul bekas isterinya sehingga menyebabkan kecederaan di beberapa bahagian wanita berkenaan.

Perkara itu secara tidak langsung telah menimbulkan rasa kurang senang kepada adik aktor berkenaan iaitu Aishah Azman sehingga membuatkannya bersuara di media sosial untuk membersihkan nama abangnya.

Afiq Muiz buat laporan polis mahu bersihkan nama

Susulan dakwaan itu, Afiq bertindak untuk membuat satu laporan polis terhadap bekas isterinya, Pachara Apin di Balai Polis Dengil, Selangor.

Dia yang juga dikenali sebagai Muhammad Afiq Muiz turut mengambil tindakan undnag-undang terhadap dakwaan yang dilemparkan oleh bekas isterinya yang disifatkan telah memburukkan nama dan maruahnya serta keluarga.

“Laporan polis sudah dibuat, tunggu tindakan seterusnya dari peguam kami atas fitnah yang dilemparkan,” jelas pelakon itu dalam instagramnya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh aktor berusia 30 tahun itu, dia turut berkongsi gambarnya ketika berada di balai polis sambil memegang dokumen laporan miliknya.

Bekas isteri muat naik kenyataan di media sosial dakwa dicedera oleh pelakon tersebut

Terdahulu, bekas isteri pelakon berkenaan telah memuat naik kenyataan di laman Facebook dan TikTok miliknya yang mendakwa aktor berkenaan pernah mencederakannya sehingga menyebabkan kaki dan jari patah.

Kontroversi itu bermula apabila Afiq pada awalnya memberi pesanan kepada pendakwah selebriti, Dai Syed yang selamat bertunang dengan pilihanya dengan berkata untuk tidak jadikan wanita sebagai ‘permainan’.

Ia kemudian dikongsikan di Facebook oleh seorang individu yang mendakwa pelakon tersebut memukul bekas isterinya dan ia turut di ulang siar oleh Pachara seperti mengiyakan dakwaan berkenaan.

Walau bagaimanapun, menerusi carian kami di Facebook milik bekas isterinya itu akaun berkenaan sudah pun di tukar ke mod privasi.

Untuk rekod, pasangan itu sebelum ini telah berkahwin pada 27 Mac 2019.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.