fbpx
Now Reading
“Tahniah Akhirnya Mengaku & Berdaftar, Selepas Berbulan Nikah Di Thailand Kan” – Puteri Sarah

“Tahniah Akhirnya Mengaku & Berdaftar, Selepas Berbulan Nikah Di Thailand Kan” – Puteri Sarah

Pada masa sama, Puteri Sarah juga tidak menyangka bahawa Syamsul tergamak menyalahkan dirinya atas segala yang sudah berlaku ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Isteri pertama pengarah, Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah Liyana secara sinis mengucapkan tahniah buat suaminya yang bernikah lagi satu dengan Ira Kazar, di Thailand, hari ini (16 Januari).

Puteri Sarah dakwa Syamsul dah nikah sejak beberapa bulan lalu

Menerusi satu hantaran di Instagram (IG) Story miliknya, Puteri Sarah turut mendakwa suaminya itu sudah melangsungkan pernikahan sejak beberapa bulan yang lalu di negara gajah putih itu.

“Tahniah sebab akhirnya mengaku dan berdaftar selepas dah berbulan nikah di Thailand kan,” katanya.

Puteri Sarah tak sangka Syamsul sanggup menyalahkan dirinya

Pada masa sama, Puteri Sarah juga tidak menyangka bahawa Syamsul tergamak menyalahkan dirinya atas segala yang sudah berlaku ini.

“Anda menjadikan apa yang berlaku ini atas kesalahan saya. Okey, tunggu saya tengah ‘shooting’ (penggambaran) sekejap. Sekejap lagi saya buat video. Tunggu ya.”

Syamsul sahkan sudah nikah dengan Ira di Thailand

Terdahulu, pengarah dan penerbit terkenal itu mengesahkan yang dia sudah bernikah dengan buah hati kesayangannya, Ira Kazar pada hari ini (6 Januari).

Syamsul menerusi satu hantaran video di Instagram berkata, majlis pernikahannya itu berlangsung di Thailand dan berwalikan bapa Ira iaitu pelakon veteran, Kazar Saisi.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.