fbpx
Now Reading
Muse Bakal Gegarkan Kuala Lumpur 29 Julai Ini, Satu-satunya Lokasi Konsert Jelajah Di Asia

Muse Bakal Gegarkan Kuala Lumpur 29 Julai Ini, Satu-satunya Lokasi Konsert Jelajah Di Asia

Harga tiket konsert Muse bermula dari RM350 hingga RM950 bergantung kepada zon yang dipilih.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penantian lebih 16 tahun peminat kumpulan BritRock terkenal, Muse akhirnya berakhir apabila mereka mengumumkan bakal membuat persembahan secara langsung dan eksklusif di Malaysia pada Julai 2023 ini.

Muse menerusi satu video di akaun media sosial turut memaklumkan konsert yang akan berlangsung pada 29 Julai ini merupakan satu-satunya hentian mereka di Asia.

Menurut penganjur, Hello Universe, konsert di Kuala Lumpur yang merupakan sebahagian dari Jelajah Dunia #WillOfThePeope ini adalah sebahagian daripada misi syarikat untuk meletakkan Malaysia sebagai salah satu destinasi pilihan artis antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Hello Universe, Adam Ashraf berkata konsert yang akan datang ini dapat membantu mendorong kementerian terlibat untuk benar-benar melihat potensi bagaimana acara hiburan mampu menjadi pemangkin sektor pelancongan.

“Kami berbesar hati untuk mengumumkan bahawa Will of the People, satu malam khas untuk Asia, akan dimainkan di Malaysia. Malaysia kaya dengan kepelbagaian dan terdiri daripada pelbagai agama, kaum dan etnik. Mengadakan pelbagai aktiviti kebudayaan dan seni tidak pernah menjadi masalah, Muse amat dialu-alukan di Malaysia.”

Lokasi konsert mungkin boleh memuatkan 50,000 penonton

Meskipun tidak menyebut sebarang lokasi, Adam Ashraf menjangkakan konsert ini akan diadakan di kawasan terbuka (outdoor) dan mampu memuatkan 50,000 peminat. Lokasi dan waktu muktamad bagaimanapun akan diumumkan kelak.

Tiket pra-jualan akan tersedia mulai 2 Mac jam 10 pagi manakala tiket untuk orang ramai akan mula dijual pada 10 pagi keesokan harinya.

Menerusi semakan kami, harga tiket bermula dari RM350 hingga RM950 bergantung kepada zon pilihan:

Zone A: RM950
Zone B: RM550
Zone C: RM350

Foto: Hello Universe Asia

Untuk butiran lanjut, layari laman Hello Universe di sini

Sebagai rekod, kali terakhir kumpulan yang terdiri dari Matt Bellamy (vox, lead guitar), Chris Wolstenholme (bass) dan Dominic Howard (drum) mengadakan konsert di Kuala Lumpur adalah pada tahun 2007.

Mereka juga terkenal dengan pelbagai lagu antaranya Hysteria, Time Is Running Out, Plug In Baby, Stockhold Syndrome, Unintended, New Born, Supermassive Black Hole, Bliss, dan banyak lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.