fbpx

Diana Danielle Bayar Sewa Rumah, Ada Hak Halang Farid Kamil Masuk Rumah- Peguam

Peguam Diana Danielle iaitu Datuk Akberdin mengesahkan Farid tidak dapat memasuki kediaman mereka sebaik aktres tersebut memfailkan cerai p ada 10 Mac lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (20 Mac) dunia hiburan dikejutkan dengan permohonan cerai yang difailkan aktres, Diana Danielle terhadap suaminya pelakon Farid Kamil.

Permohonan cerai itu dilakukan oleh aktres wanita yang berusia 32 tahun itu pada awal Mac lalu kerana tiada lagi persefahaman di antara mereka dan berlaku shiqaq iaitu perbalahan berpanjangan.

Peguam Syarie terkenal, Datuk Akberdin Abdul Kadir yang mewakili Diana kemudiannya mengesahkan Farid tidak dapat memasuki kediaman mereka sebaik aktres tersebut memfailkan cerai pada 10 Mac lalu.

Jelasnya, Diana mempunyai hak untuk membenar atau menghalang suaminya dari memasuki rumah kerana beliau adalah orang yang menyewa kediaman tersebut, lapor mStar.

“Rumah itu disewakan oleh anak guam kami, jadi dia ada hak untuk membenarkan sesiapa masuk atau tidak ke dalam rumah tersebut.

“Hubungan mereka juga memang sudah tidak baik, sebab itu anak guam saya ke mahkamah,” katanya.

JKP untuk cari jalan penyelesaian

Dalam pada itu, Akberdin menjelaskan mahkamah memerintahkan mereka menggunakan Jawatankuasa Pendamai (JKP) untuk mencari jalan penyelesaian.

Ianya selepas Farid enggan melafazkan talak kerana masih ada perasaan sayang terhadap isterinya itu.

“Sekiranya JKP tidak dapat menemui jalan penyelesaian atau mendapati berlaku shiqaq, Mahkamah Syariah akan melantik hakam yang akan memberikan kata putus bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga pasangan berkenaan,” katanya.

Terdahulu media melaporkan Farid mendakwa tidak dapat memasuki rumah yang diduduki bersama isterinya, Diana sejak awal bulan ini.

Pelakon utama filem Anwar: The Untold Story itu juga dilaporkan tidak dapat bertemu dengan anak-anaknya sepanjang tempoh tersebut.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.