fbpx

Muat Naik Video ‘Bermesra’ Bersama Suami, Fasha Sandha Dikritik Peminat [Video]

Video yang berdurasi 10 saat itu turut mempamerkan aksi mesra pasangan suami isteri itu. Malah, Aidil dilihat tidak berbaju dan Fasha hanya mengenakan pakaian yang dipercayai singlet berwarna hitam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak akhir-akhir ini, nama Fasha Sandha mula menjadi bualan dalam kalangan warganet. Ini kerana penampilannya dilihat semakin menarik dan cantik seperti anak dara.

Malah, isteri kepada pelakon Aidil Aziz ini juga dilihat telah mula aktif dan membuat ‘comeback’ dengan membintangi drama televisyen tempatan seperti Khilaf Asmara, Rampas Cintaku dan Sepihan Sayang.

Muat Naik Video Mesra Dalam Kolam Bersama Suami

Terbaharu, pelakon yang mula dikenali melalui filem Black Maria ini mengejutkan ramai pihak apabila memuat naik video mesra bersama suaminya.

Menerusi akaun Instagram rasmi milik Fasha, kelihatan dia dan suaminya berendam di dalam sebuah tab mandi.

Video yang berdurasi 10 saat itu turut mempamerkan aksi mesra pasangan suami isteri berkenaan. Malah, Aidil dilihat tidak berbaju dan Fasha hanya mengenakan pakaian yang dipercayai singlet berwarna hitam.

Kelihatan pelakon berusia 39 tahun itu turut dipeluk oleh suaminya dan mereka turut ketawa mesra antara satu sama lain.

“My forever love, @itsaidilaziz, akan datang 16 September 2023,” tulis Fasha di ruangan kapsyen.

Dia bagaimanapun tidak menjelaskan apakah yang akan terjadi pada 16 September ini.

Peminat Kecewa, Anggap Video Keterlaluan

Hantaran berkenaan nyata mengundang pelbagai reaksi daripada warganet khususnya peminat setia pelakon wanita itu.

Rata-rata tidak selesa dan kurang senang dengan apa yang dipamerkan. Malah, ada juga yang menyifatkan hantaran terbaharu ini terlalu keterlaluan untuk dipertontonkan kepada umum.

Namun, ada juga yang memberi reaksi positif dan memuji kecantikan pelakon itu dalam video berkenaan.

Dalam Islam Pun Larang Tunjuk Kemesraan Dalam Public, Walau Berlakon Kena Ada Batas

Sorry Unfollow, Ingatkan Balik Umrah Dah Berubah

Hubungan Suami Isteri Depan Anak-Anak Pun Kena Ada Rasa Segan Silu

Rasanya Macam Agak Keterlaluan Perkongsian Kali Ini

Fasha Yang Sekarang Bukan Yang Dulu, Beza Betul Attitude

Lawa Gila Fasha

Untuk info, Fasha dan Aidil telah mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Aisha Amara.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.