fbpx

Kerap Kongsi Foto Bertudung Sejak Ramadan, Netizen Doakan Fasha Sandha Terus Berhijab

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Buat peminat yang sentiasa mengikuti perkembangan aktres Fasha Sandha pasti perasan yang pelakon ini kerap dilihat mengenakan tudung semenjak ketibaan bulan ramadan.

Terbaru menerusi IG, Fasha memuat naik sekeping foto selepas dia menerima hadiah berupa tudung daripada pasangan Shuib Sepahtu dan Siti Sarah. 

 Tidak dinafikan Fasha yang bergambar bersama suami, pelakok Aidil Aziz kelihatan manis dan begitu sopan apabila mengenakan tudung labuh pemberian pasangan berkenaan.

Menerusi posting sama, Fasha turut memuat naik kapsyen : “Rayakan sebulan, terima kasih Shuib dan Sarah hadiahkan tudung Solehah”

Dilihat ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji Fasha dengan penampilan sedemikian. Malah ramai ddilihat mendoakan dan memberi kata semangat agar Fasha Sandha terus kekal bertudung.

“Kekalkan berhijab ya Fasha. Sweet sangat, sejuk mata memandang,” tulis seorang pengikutnya

“Cantik. Semoga fasha istiqamah dgn tudung. Sy doakan yg terbaik untuk fasha sekeluarga” komen seorang netizen

“Cantik sgt sis pakai tudung” tulis seorang netizen ringkas

“Cantik dah berhijab…alhamdulillah” tulis seorang lagi netizen.

Malah ramai turut mengambil kesempatan mendoakan kebahagian rumahtangga Fasha bersama Adil.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.