fbpx
Now Reading
Ramai Kurang Senang Adegan ‘Bermesra’ Dengan Suami, Fasha Sandha Mohon Maaf Jelaskan Ia Tuntutan Kerja

Ramai Kurang Senang Adegan ‘Bermesra’ Dengan Suami, Fasha Sandha Mohon Maaf Jelaskan Ia Tuntutan Kerja

Sebelum ini Fasha Sandha menjadi perhatian ramai apabila aktres berkenaan memuat naik video mempamerkan kemesraannya bersama suami, Aidil Aziz.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam nama Fasha Sandha hangat menjadi bualan ramai selepas pelakon terkenal itu memuat naik video sedang bermesra bersama suami yang juga pelakon, Aidil Aziz di Instagram.

Menerusi video tersebut pasangan berkenaan mempamerkan kemesraan mereka di dalam sebuah tub mandi. Apa yang menjadi perhatian, kelihatan Aidil ketika itu tidak mengenakan baju dan menampakkan susuk tubuhnya manakalah Fasha dipercayai hanya memakai singlet berwarna hitam.

Mereka turut berpelukan sambil melagakan hidung sehingga ia mengundang rasa kurang senang di kalangan orang ramai apabila ada yang menyifatkan ia tidak sopan untuk dijadikan tontonan.

Baca artikel berkaitan: Muat Naik Video ‘Bermesra’ Bersama Suami, Fasha Sandha Dikritik Peminat [Video]

Fasha Sanda mohon maaf tampil jelaskan ia tuntutan kerja

Susulan daripada itu, Fasha kemudian tampil memohon maaf atas perkara tersebut selain turut menjelaskan ia adalah tuntutan kerja serta komitmen.

“Saya bertugas, saya masih makan gaji, saya bukan bos, saya masih kuli.

“Saya hanya menjalankan tugas dan komitmen. Saya minta maaf kepada yang tak suka saya berpelukan dengan suami saya. Pejam celik dah 6 tahun kami bersama, syukur.

“Apapun.. ya, perkahwinan ini adalah pinjaman daripada yang esa kita pun tak tahu berapa lama pinjaman ini, cuma kita mendoakan agar pinjaman ini berkekalan ke akhir hayat,” katanya.

Minta doakan yang terbaik

Dia dalam masa sama meminta orang ramai untuk mendoakan yang terbaik buatnya. Malah aktres itu turut mengatakan teguran, kecaman serta pujian menunjukkan masih ada yang mengambil tahu dan sayang.

“Dalam dunia ini perlu ada orang tegur dan kecam juga untuk menjadikan kita manusia yang lebih baik, insya-Allah,” jelasnya sambil meminta orang ramai untuk menantikan 16 September ini kerana ada sesuatu yang ingin dimaklumkan.

Walau bagaimanapun, semakan kami mendapati video tersebut telah dipadam oleh Fasha daripada akaun Instagram rasminya.

Melihat di ruangan komen orang ramai turut menasihatkan tindakan pelakon itu dan menyifatkan ia tidak bersesuaian meskipun ia adalah tuntutan kerja.

“Benda memang tak boleh Fasha.. walaupun tu laki awak.. Awak kena simpan elok, bukan pergi tayang korang berpeluk dalam keadaan macam tu”

“Nak peluk ke nak apa ke tak salah langsung sebab suami sendiri, yang salah tu sebab post publik, babak mandi pula tu”

“Tolong jangan normalkan benda yang terang lagi bersuluh haram.. aurat tu.. tu jelah nak cakap. Kau laki bini nak peluk tu korang punya hal..”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.