“Kami Bertiga Akan Bawa Haluan Masing-Masing”- PU Abu Bagi Bayangan Bakal Bercerai Dengan 2 Isteri
Menurut PU Abu atau nama penuhnya Muhammad Abu Sufyan, keputusan untuk membawa haluan masing-masing itu adalah persetujuan bersama dengan dua isterinya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pada Jun lalu Pencetus Ummah (PU) Abu membuat pengakuan bahawa dia sedang berpoligami dan menyatakan hubungannya bersama isteri dalam keadaan baik serta bahagia.
Malah Abu atau nama penuhnya Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi turut memaklumkan dia sudah lama merujuk dengan Hana yang merupakan isteri keduanya.
Baca artikel berkaitan: “Bercerai Atau Rujuk, Semuanya Datang Daripada Saya” – PU Abu Akui Bahagia Amal Poligami
PU Abu beri bayangan akan bercerai
Namun tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja pendakwah bebas ini seperti memberikan bayangan bahawa hubungan perkahwinannya bersama dua isteri akan berakhir.
Perkara itu dimaklumkan oleh PU Abu menerusi beberapa hantarannya di IG Story miliknya.
Sudah dipersetujui oleh kedua-dua isteri
Menurutnya setelah berbincang mereka bersetuju untuk membawa haluan masing-masing untuk kebaikan semua.
“Setelah berbincang, kami bertiga akan bawa haluan masing-masing. Demi kebaikan semuanya.
“Tidak ada lagi kebaikan dan kata sepakat yang dapat dicapai. Insya-Allah semuanya akan melalui proses yang betul. Doakan yang baik-baik buat kami.
“Ini adalah keputusan kami bertiga setelah cubaan demi cubaan yang dilalui oleh masing-masing. Demi kebaikan semua pihak. Tidak ada apa-apa kepentingan, melainkan hanya ingin menyelesaikan kemelut selama hampir enam tahun ini,” ujarnya.
Ucap terima kasih kepada yang telah mendoakannya
Dia dalam satu lagi hantaran turut berterima kasih kepada orang ramai yang telah mendoakan yang baik-baik.
“Terima kasih yang mesej dan mendoakan yang baik, tak kurang juga pada mereka yang masih meninggalkan kata-kata yang tidak baik.
“Di mana silapnya? Saya silapnya. Sekiranya mereka tidak merasa bahagia, apakah perlu saya membiarkan terus sengsara.”
Katanya lagi, pilihan yang ada hanyalah membawa haluan masing-masing dan ia sudah menemui kata sepakat bersama-sama isterinya.
Dia turut berkongsi satu perbualan Direct Message (DM) daripada seorang individu yang meminta PU Abu untuk mencari peneman yang sentiasa boleh mengikutnya kemana sahaja dia pergi, bagi memudahkan urusan sebagai seorang isteri dalam menguruskan keluarga dan anak-anak.
Banyak perkara yang berlaku namun tidak dapat dijelaskannya secara terbuka
Namun PU Abu menjelaskan ia bukan hanya soal berjauhan atau ditinggalkan tetapi terdapat banyak perkara yang tak boleh dijelaskan.
“Seperti yang saya sebut sebelum ini banyak tindakan saya yang disalah erti oleh sebahagian pihak sedangkan saya tidak ada apa-apa kepentingan pun.
“Ya doakan jodoh yang terbaik buat mereka, yang setia, yang boleh disamping 24 jam dan paling penting yang mereka cintai setulus hati.
“Doakan yang terbaik buat saya,” katanya lagi.
PU Abu bersama isteri pertamanya, Ain Afini telah dikurniakan tiga cahata mata manakala perkahwinannya bersama Hana pula mempunyai satu cahaya mata.