Rumah Diserbu JKM, Shuhada Nafi Abaikan Anak-Anak
Menurut Shuhada, dia tidak tahu alasan dan punca Hafidz membuat laporan kepada JKM.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tiada pasangan suami isteri yang mahu bercerai dalam dunia ini. Namun, sekiranya hubungan itu sudah menemui jalan buntu, maka perceraian merupakan jalan penyelesaian yang terakhir.
Ada pasangan suami isteri yang dapat mengakhiri hubungan dengan baik namun ada juga yang tidak mencapai persefahaman walaupun setelah berpisah terutamanya buat pasangan yang mempunyai anak.
Sesuatu perkara boleh menjadi sukar untuk dicapai kata sepakat khususnya berkaitan dengan anak apabila masing-masing mempunyai pendapat tersendiri.
Shuhada Dedah Rumah Diserbu JKM, Ada Laporan Dia Abaikan Anak-Anak
Kemelut di antara pelakon Hafidz Roshdi dan bekas isterinya, Shuhada masih lagi tidak menunjukkan tanda reda.
Terbaharu, Shuhada atau nama sebenar Nurul Shuhada Mat Shukri mendedahkan bahawa kediamannya diserbu oleh Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) atas laporan yang mendakwa dia mengabaikan anak-anak.
Malah, Shuhada mendakwa laporan itu dilakukan oleh Hafidz sendiri.
“Adakah dia (Hafidz) lebih sanggup melihat anak-anak diambil oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daripada dijaga oleh ibu mereka sendiri?”
“JKM datang ke rumah selepas menerima laporan. Mereka hanya menjalankan tugas dan saya rasa, tiada masalah pun.
“Cumanya, apa yang membuatkan saya terkilan kenapa dia membuat laporan dan dakwaan kononnya saya mengabaikan anak-anak sedangkan itu tidak benar sama sekali.
“Dia sendiri tahu, saya tak pernah abaikan anak-anak,” kata Shuhada yang dipetik daripada Harian Metro.
Tidak Tahu Alasan Kukuh Laporan Dibuat
Menurut Shuhada, dia tidak tahu alasan dan punca bekas suaminya itu membuat laporan kepada JKM.
“Dia tak berikan sebarang sebab atau alasan, mengapa dia bertindak sedemikian. Saya tak pernah menuduh dia apa-apa.
“Tapi, sampai hati dia menuduh saya menggunakan anak-anak untuk cari duit. Saya cari duit, cari rezeki pun untuk tanggung kehidupan saya dan anak-anak,” katanya.
Mahu Namakan Ibu Sebagai Responden Kedua Menjaga Anak-Anak
Pada masa yang sama, Shuhada telah hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam semalam (31 Oktober) bagi prosiding tuntutan hadanah, namun permohonannya untuk meletakkan ibunya Wan Latipah Yusof sebagai responden kedua menjaga anak-anak tidak dipersetujui oleh Hafidz.
“Jadi, alasan saya memang kukuh memandangkan saya pun ada ketikanya, perlu keluar bekerja mencari rezeki. Tapi, pihak mereka menolak permohonan itu.
“Dia minta hadanah kekal, di mana, hak penjagaan anak adalah untuk dia seorang sahaja. Jadi, dalam kata lain, kalau saya nak berjumpa anak, saya tak boleh bermalam dengan anak-anak,” ujarnya lagi.
Untuk info, Shuhada dan Hafidz pernah mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata yang masing-masing berumur enam dan dua tahun.
Namun, hubungan itu tidak kekal lama apabila mereka disahkan bercerai dengan talak satu pada 27 Julai 2023.
Baca Artikel Berkaitan: Keluarga Shuhada Dakwa Hafidz Roshdi Tumbuk Isteri Hingga Cedera
Baca Artikel Berkaitan: Peguam Sahkan Hafidz Roshdi Sudah Ke Hospital Bahagia, Perlu Jalani Beberapa Prosedur Rawatan
Baca Artikel Berkaitan: Hafidz Roshdi Disahkan Waras, Layak Dibicara Kerana Cederakan Isteri