fbpx
Now Reading
Ada Ibu Bapa Terpaksa Tinggal Anak Tanpa Pengawasan Ketika Mencari Rezeki

Ada Ibu Bapa Terpaksa Tinggal Anak Tanpa Pengawasan Ketika Mencari Rezeki

Berdasarkan statistik Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM), seramai 6,475 kanak-kanak diabai termasuk kes mereka yang ditinggalkan tanpa pengawasan ibu bapa sejak tahun 2021 hingga Jun 2023.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat menyebabkan kebanyakan isteri turut keluar bekerja membantu suami mencari nafkah buat keluarga untuk hidup yang lebih selesa.

Namun, antara isu yang sering dihadapi apabila isteri keluar bekerja adalah mengenai penjagaan anak-anak.

Ini kerana ada segelintir ibu bapa yang merasakan anak mereka sudah besar dan berupaya menjaga diri sendiri sewaktu mereka keluar bekerja.

Ibu Bapa Tinggalkan Anak Tanpa Pengawasan Boleh Terdedah Kepada Risiko

Walaupun ia dilihat sebagai satu perbuatan yang biasa, meninggalkan anak-anak terutama mereka yang masih kecil boleh terdedah kepada risiko bahaya seperti kemalangan atau kebakaran.

Berdasarkan statistik Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM), seramai 6,475 kanak-kanak diabai termasuk kes mereka yang ditinggalkan tanpa pengawasan ibu bapa sejak tahun 2021 hingga Jun 2023.

Menurut Pengarah Bahagian Kanak-Kanak JKM Dr. Sopian Brahim, berdasarkan trend kes pengabaian kanak-kanak yang diselamatkan oleh pelindung JKM, kebanyakannya berpunca daripada sikap ibu bapa atau penjaga yang membiarkan anak mereka tinggal sendirian di rumah.

“Kes-kes itu mengesahkan bahawa situasi ibu, bapa atau penjaga meninggalkan anak di rumah sewaktu keluar bekerja atau untuk melakukan urusan lain berlaku dalam masyarakat kita.

“JKM percaya masih ramai lagi anak-anak berada dalam situasi sebegini yang mungkin pada ketika ini ‘masih selamat’ di rumah.

“Namun, harus diingat bahawa kanak-kanak masih terdedah kepada bahaya sehingga boleh menyebabkan kecederaan atau kematian,” katanya yang dipetik daripada Kosmo.

Kes Pengabaian Kanak-Kanak Meningkat

Tambah beliau, kes pengabaian kanak-kanak di negara ini menunjukkan peningkatan apabila seramai 2,122 kanak-kanak diselamatkan pada tahun 2021 manakala 2,912 bagi tahun 2022.

Malah, bagi tempoh Januari hingga Jun 2023, seramai 1,441 kanak-kanak telah diselamatkan.

“Negeri tertinggi mencatatkan kes pengabaian kanak-kanak dalam tempoh sama adalah Se­langor sebanyak 1,469 kes diikuti Kuala Lumpur 1,102 kes, Johor (736), Sabah (647), Kedah (429) dan Perak (421),” ujarnya.

Menurut Sopian, bagi kes ibu, bapa atau penjaga yang meninggalkan anak tanpa pengawasan orang dewasa ia dikategorikan di bawah kes subperenggan 17(1)(c)(i) di mana seorang kanak-kanak memerlukan pemeliharaan dan perlindungan jika ibu bapa tidak layak atau telah mengabaikan mereka.

Bagi kes di bawah subperenggan ini, sebanyak 1,172 kanak-kanak telah diselamatkan.

Banyak Kes Kemalangan Kanak-Kanak Berpunca Daripada Ibu Bapa

Sopian turut menyenaraikan kes-kes kemalangan melibatkan kanak-kanak yang berpunca daripada pengabaian ibu bapa. Contohnya seperti kes kematian empat beradik yang maut dalam kebakaran di Muar, Johor.

“Ketika kejadian berlaku, bapa kanak-kanak berada di tempat kerja, manakala ibu kanak-kanak keluar ke kedai untuk membeli barang keperluan.

“Selain itu, terdapat kes dua beradik maut dalam kebakaran di Gombak, Selangor ketika ibu dan bapa kanak-kanak keluar makan pada pukul 3 pagi pada Januari 2023. Kanak-kanak yang terlibat berusia sembilan dan enam tahun,” jelasnya lagi.

Ibu Bapa Atau Penjaga Boleh Dikenakan Tindakan

Jelas beliau lagi, ibu, bapa atau penjaga yang mengabaikan kanak-kanak boleh disiasat di bawah perenggan 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Sekiranya ibu atau bapa atau penjaga disabitkan dengan kesalahan mengabaikan kanak-kanak, mereka boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya dan bon serta melaksanakan perintah khidmat masyarakat mandatori,” katanya.

Baca Artikel Berkaitan: “Hanya Tingkap Dibuka” – Ibu Bapa Didakwa Tinggal Anak Kecil Dalam Kereta Untuk Pergi Open House, Siap Matikan Enjin

Baca Artikel Berkaitan: Kerajaan Perak Wajibkan Pemasangan CCTV Di Taska, Mahu Elak Berlaku Kes Penderaan & Pengabaian

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.