fbpx
Now Reading
Wanita Terkejut Ada Rekod Miliki Anak Luar Nikah Selama 15 Tahun, Syak MyKad Disalah Guna [Video]

Wanita Terkejut Ada Rekod Miliki Anak Luar Nikah Selama 15 Tahun, Syak MyKad Disalah Guna [Video]

Lebih mengejutkan lagi, rekod wanita itu sebagai ibu kandung kepada anak tidak sah taraf terbabit turut berada di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.tiktok.com/@cikgu_takaful/video/7345317461119618322

Baru-baru ini, seorang wanita yang juga influencer dikenali sebagai Nur Syuhadah mendedahkan bahawa kad pengenalan dirinya telah disalahguna oleh individu lain yang tidak bertanggungjawab.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya @cikgu_takaful, Syuhadah berkata perkara itu mula diketahuinya selepas dia menerima panggilan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Rembau pada baru-baru ini.

Terkejut, terima panggilan dari JKM kononnya ada anak tidak sah taraf

Menurut Syuhada, dia berasa terkejut selepas pegawai JKM Rembau itu menyatakan bahawa dia mempunyai seorang anak yang tidak sah taraf (anak luar nikah).

“Dia (pihak JKM Rembau) semak IC, nama semua betul. Lepas itu dia cakap ‘puan ada ke anak tak sah taraf yang lahir pada tahun 2009’, kalau kita kira dari 2009 sampai sekarang umur budak itu dah 15 tahun.

“Bila dia tanya soalan anak tak sah taraf memang jujur rasa macam ‘bila masa aku mengandung?’. Cikgu tak pernah mengandung, bersalin dan alahan tiba-tiba ada anak luar nikah,” katanya.

JKM hubungi kerana ingin jaga kebajikan dan pindah hak milik penjagaan

Menurutnya lagi, pegawai terbabit memaklumkan kepadanya yang pihak JKM sedang menjaga kebajikan remaja terbabit selain cuba untuk menukarkan hak penjagaan kepada nenek remaja itu.

Susulan itu, JKM memerlukan Syuhadah untuk hadir ke mahkamah bagi mendengar tentang perkara tersebut selepas bapa kandung kepada remaja terbabit telah lama gagal dihubungi dan dikesan.

Rekod sebagai ibu kepada anak tidak sah taraf ada di JPN

Bagaimanapun, Syuhadah tetap menegaskan kepada pegawai berkenaan bahawa dia bukanlah ibu kandung kepada anak luar nikah itu.

Lebih mengejutkan lagi, apabila dia mengatakan bahawa rekod dirinya sebagai ibu kandung kepada anak tidak sah taraf itu turut berada di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Rupanya IC Syuhadah pernah hilang pada 2006 lalu

Dia yang seakan terkejut dengan maklumat tersebut menyebabkan dia cuba mengingati semula punca sebenarnya perkara itu boleh berlaku.

Jelas Syuhadah, dia teringat akan kisah kad pengenalan (IC) miliknya yang pernah hilang pada tahun 2006 lalu dan menceritakannya kepada pegawai terbabit.

“Saya pernah hilang IC pada 2006, dan saya dah buat report sebab itu saya boleh buat IC baru dan sebelum ini pernah ada kes juga di mana orang gunakan IC saya untuk buat loan,” katannya.

Di akhir perkongsian, Syuhadah meminta pegawai terbabit untuk menyemak rekod mengenai laporan tentang kad pengenalan dirinya yang hilang dari pihak polis selain dirinya juga akan turut membuat laporan baru mengenai hal tersebut.

Tidak hanya itu, Syuhadah turut meminta pandangan daripada orang ramai apa yang harus dilakukan oleh dirinya untuk membuang rekod dirinya sebagai ibu kepada anak tidak sah taraf itu selain membuat laporan polis.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.