fbpx
Now Reading
Baki Kad TNG Tidak Cukup Ketika Di Plaza Tol? Ini Yang Anda Perlu Lakukan

Baki Kad TNG Tidak Cukup Ketika Di Plaza Tol? Ini Yang Anda Perlu Lakukan

Terdapat butang interkom yang boleh digunakan pemandu bagi mendapatkan bantuan semasa di plaza tol.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Rata-rata tol dalam negara kini tidak lagi mempunyai kaedah pembayaran secara tunai dan digantikan dengan sistem ‘cashless’ seperti kad Touch ‘n Go (TNG), SmartTAG, Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) dan terkini kad bank.

Namun demikian, tidak semua tol mempunyai pilihan ‘cashless’ lain selain daripada menggunakan kad TNG.

Pengguna kini boleh mendapatkan kad TNG dengan teknologi Near Field Communication (NFC) yang membolehkan urusan penambahan wang dilakukan di mana-mana dan pada bila-bila masa menggunakan telefon pintar moden.

Akan tetapi, mungkin anda masih belum mendapatkan kad TNG NFC atau mempunyai telefon pintar tanpa fungsi tersebut. Jadi, artikel ini untuk anda.

Tekan Butang Interkom Di Tol

Satu hantaran berkenaan perkara ini telah banyak kali dikongsi semula di laman media sosial Facebook.

Menurut hantaran tersebut, seorang pegawai dari PLUS Malaysia Berhad berkata jika baki kad TNG tidak mencukupi sewaktu di tol keluar, pemandu perlu menekan butang interkom yang disediakan.

Ini bertujuan untuk meminta bantuan daripada pihak plaza tol dan seorang runner akan membantu anda untuk mengisi wang ke dalam kad TNG sebelum diserahkan semula.

Berdasarkan laman sokongan TNG, pihaknya turut memaklumkan agar pemandu meminta bantuan kakitangan yang bertugas di pondok tol.

Sumber: SoyaCincau

Jangan Melintas Ke Lorong Lain

Pegawai tersebut turut memasan agar pemandu tidak cuba untuk melintas ke lorong lain kerana perkara ini akan membahayakan nyawa anda.

Malah, perkara ini bertentangan dengan prosedure operasi standard (SOP) PLUS.

Dalam situasi kenderaan belakang tidak sabar dan mula membunyikan hon, pemandu perlu kekal bertenang dan tunggu sehingga runner tiba.

Pemandu Tak Perlu Tambah Nilai TNG Sendiri

Di samping itu, pemandu diingatkan agar kekal berada di dalam kereta dan tidak perlu keluar untuk ke mesin tambah nilai TNG.

PLUS juga memaklumkan bahawa pengguna yang terpaksa melintasi beberapa lorong lain untuk ke mesin tambah nilai tidak sepatutnya berlaku.

Sumber: MalayMail

Jika runner mengarahkan pengguna untuk menambah nilai kad TNG sendiri di mesin, dia sebenarnya telah melanggar SOP ditetapkan pihak tol.

Oleh yang demikian, pengguna dinasihatkan agar melakukan aduan berkenaan perkara tersebut.

Tambahan pula, PLUS mengakui terdapat pengguna yang tidak mampu meninggalkan kereta mereka seperti orang kurang upaya yang tidak boleh berjalan, wanita sarat mengandung atau pemandu yang membawa bayi di dalam kereta.

Pastikan Baki Kad TNG Cukup

Jika keadaan ini berlaku kepada anda, jangan panik dan melakukan sebarang tindakan yang boleh membahayakan nyawa. Minta bantuan menerusi butang interkom yang disediakan.

Akan tetapi lebih elok sekiranya anda memastikan baki di dalam kad TNG mencukupi sebelum memulakan perjalanan. Ini bukan sahaja akan memudahkan diri sendiri tetapi juga orang di sekeliling.

Anda juga boleh bertukar ke kad TNG NFC agar dapat melakukan tambah nilai dengan segera pada bila-bila masa.

Untuk makluman, sesetengah plaza tol mempunyai fungsi pembayaran TNG yang akan ditolak dari eWallet dikenali sebagai PayDirect. Namun setakat artikel ini ditulis, fungsi tersebut hanya terdapat di plaza tol sistem terbuka di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor.

Jika anda melihat pemandu lain berhenti lama di pondok tol, jangan pula membunyikan hon berkali-kali kerana mungkin dia mengalami kecemasan. Sebaliknya tunggu seketika dan cuba untuk tidak melintas ke laluan lain memandangkan ia mungkin bertentangan dengan SOP pihak operasi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.