fbpx
Now Reading
“Tak Padan Kecik” – Pemandu Axia Jadi Pembuli Jalanan Dikecam, Sengaja Halang Laluan [Video]

“Tak Padan Kecik” – Pemandu Axia Jadi Pembuli Jalanan Dikecam, Sengaja Halang Laluan [Video]

Dalam video terbabit, keliahatan Axia merah itu menukar lorong kiri dan kanan berulang kali seakan tidak membenarkan kereta yang dipandu lelaki tersebut memotongnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan, masih ada segelintir sikap pemandu di Malaysia yang tidak bertanggungjawab dengan memandu secara berbahaya sehingga menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.

Malah, ada juga pemandu yang berlagak samseng dengan menjadi pembuli jalan raya apabila tidak dapat menerima teguran.

Tular video Axia dipandu secara berbahaya, didakwa jadi pembuli jalan raya

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan sebuah kereta dipandu secara melulu dan berbahaya di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun TikTok @kaptenjacksperrow5, lelaki terbabit mendakwa pemandu kereta jenis Perodua Axia berwarna merah itu menjadi pembuli jalan raya.

Susulan itu, lelaki berkenaan telah bertindak merakam tindakan pemandu Axia terbabit sebagai bukti sebelum menularkannya di media sosial.

Axia tukar lorong kiri kanan siap main brek

Dalam video terbabit, keliahatan Axia merah itu menukar lorong kiri dan kanan berulang kali seakan tidak membenarkan kereta yang dipandu lelaki tersebut memotongnya.

Malah, pemandu Axia itu juga dilihat dengan sengaja menekan brek meskipun tiada halangan di hadapannya.

“Dibuli dari Tapah Gopeng. Hati amat panas, siapa orangnya tak tahu. Kalau boleh bersua indah sungguh,” tulisnya di ruangan kapsyen.

@kaptenjacksperrow5

dibuli dari tapah gopeng. hati amat panas. siapa org nya tak tahu. kalau boleh bersua indah sungguh

♬ Ini Parah X Sound Musrid – Donny Fernanda

Video berdurasi 2.23 minit itu telah mendapat perhatian ramai sekaligus meraih pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang menontonnya.

Netizen minta buat laporan di mySIKAP

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok meminta agar lelaki terbabit melaporkan tentang kejadian itu kepada pihak polis dan juga Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melalui platform digital mySIKAP.

Bagaimanapun, ada juga netizen yang tidak menyalahi pemandu Axia itu secara ‘membabi buta’ memandangkan video berkenaan hanyalah sekerat dan tidak menunjukkan daripada awal insiden.

Selain itu, ramai berpendapat, mereka perlu mendengar cerita pihak di sebelah sana juga.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.