fbpx

Bukan Hanya Orang Susah, Ustaz Ebit Lew Turut Hantar Bantuan Untuk Haiwan Di Zoo Negara

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Rasanya nama Ustaz Ebit Lew sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Pendakwah ini mempunyai jiwa yang mulia dan akan membantu sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan

Terbaru, Ustaz Ebit sekali lagi menjadi tumpuan apabila menghulurkan bantuan makaan kepada haiwan di Zoo Negara selepas mendapat berita yang pihak Zoo kini menghadapi masalah kekurangan dana.

Sayu rasa hati bila dapat permintaan dari zoo negara untuk selamatkan haiwan disana. Perbelanjaan mereka 1 juta sebulan hanya untuk makanan dan penyelenggaraan zoo.

Sekarang dah banyak bulan tiada langsung pendapatan semenjak awal pkp. Mereka sangat kekurangan dana. Saya tahu tengah hari tadi. Petang ni terus bawa 200kg Daging lembu dan 500kg buahan dan sayuran.

Dulu saya sampai sini masa darjah 1. Selalu juga bawa anak-anak. Kenalkan pada anak haiwan disini. Zoo Negara mengalu-alukan sesiapa ingin membantu dari segi duit atau makanan. Rupanya zoo negara dikendalikan oleh NGO sahaja. Sesiapa ingin membantu boleh terus hubungi zoo negara.

Perkongsian tersebut jelas menarik perhatian ramai netizen. Ramai yang memberikan respon yang positif dengan menzahirkan rasa terharu dan berterima kasih di atas inisiatif beliau.

Menurut orang ramai, Ustaz Ebit bukan sahaja membantu orang yang memerlukan dari segi kesihatan, tiada rumah, tiada makanan dan tiada air, malah kini turut membantu haiwan yang ketiadaan makanann.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.