
Suami Guna Timun Pada Isteri Puaskan Nafsu Seks Liar
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tidak tahan dengan sikap suaminya yang baran dan bernafsu liar ketika melakukan hubungan kelamin, seorang wanita berusia 44 tahun membuat laporan, Rabu lalu.
Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd berkata, mangsa yang berniaga sendiri mendakwa turut diliwat suaminya yang berusia 57 tahun selain sering menggunakan objek keras ketika mengadakan hubungan seks.
Menurutnya, dalam kejadian yang berlaku pada November lalu, mangsa diajak suspek melakukan hubungan seks dalam bilik di rumah mereka di Taman Kemajuan.
“Bagaimanapun, ketika mengadakan hubungan seks, suspek seolah-olah tidak berpuas hati dan meliwat mangsa dengan menggunakan objek keras.
Noor Mushar berkata, pengadu ada berbincang dengan suaminya akan masalah itu tetapi suspek berang dan menumbuk mangsa.
“Pada awal Januari lalu, mereka bertengkar dan suspek menumbuk mangsa di dada hingga dia sukar bernafas.
“Mangsa membuat laporan minggu lalu dan dia mungkin keliru dengan masalah yang dihadapinya hingga lewat untuk ke balai polis.
“Suaminya kini menghilangkan diri dan polis giat mengesannya bagi membantu siasatan,” katanya.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 377C, 377CA dan 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan yang membabitkan persetubuhan luar tabii dan menggunakan objek keras ketika persetubuhan.
Sumber : HMetro