fbpx
Now Reading
Guru Digantung Tugas Kerana Mengarah Pelajar Memakai Kotak Semasa Peperiksaan

Guru Digantung Tugas Kerana Mengarah Pelajar Memakai Kotak Semasa Peperiksaan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Masihkah anda ingat dengan kejadian pada 2013 di Universiti Kasetsart,  Thailand yang mana para pelajar yang sedang menduduki peperiksaan  di paksa memakai “helmet kertas” bagi mengelakkan mereka meniru ? 

Kejadian sama berulang lagi namun kali ini di Mexico pula. Diberitakan ,seorang guru di sebuah sekolah tinggi di  Tlaxcala telah di gantung tugas gara-gara tindakannya mengarahkan pelajarnya untuk memakai kotak kadbod semasa menduduki peperiksaan.

Malah tujuan guru berkenanan, Luiz Juarex Texis, yang mengajar matapelajaran “Etika dan Nilai’ di Kolej Bachillers El Sabina itu juga sama seperti di Thailand : bagi  mengelakkan pelajarnya dari meniru semasa menduduki  peperiksaan.

Macam kelakar kan? Tapi tidak bagi ibu-bapa dan orang ramai di sana. Tindakan Texis itu mengundang kecaman dari masyarakat setempat, malah ramai yang mengesa supaya dia dipecat dari sekolah berkenaan.

“Kebanyakan ibu bapa berpendapat tindakan itu sebagai memalukan kelas dan mereka juga meminta pihak berkuasa melindungi hak anak mereka sebagai pelajar.

“‘Keganasan’ seperti itu tidak boleh diterima,” tulis sekumpulan ibu bapa yang mengkritik hebat tindakan berkenaan di Facebook.

Terdahulu , pendtadbiran sekolah telah menjelaskan yang tindakan memakai kadbod di kepala pelakar adalah satu bentuk latihan dinamik untuk membantu perkembangan psikomotor pelajar.

Malah pihak pentadiran sekolah turut menyatakan yang para pelajar telah dimaklumkan terlebih awal dan rata-rata bersetuju.

“Pelajar-pelajar telah dimaklumkan lebih awal dan mereka bersetuju dengan latihan tersebut. Kami sememangnya menghormati hak individu,” pentadbiran Kolej Bachillers El Sabina.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.