
Rakyat Malaysia Pertama Positif Koronavirus Dianggar Telah Berjumpa 100 Kenalan Di Kedah dan Kelantan
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebelum ini Kementerian Kesihatan mengesahkan seorang rakyat Malaysia positif Koronavirus selepas pulang dari menghadiri mesyuarat di Singapura pada 16 hingga 23 Januari 2020 yang turut dihadiri delegasi dari China
Difahamkan lelaki berusia 41 tahun itu kemudiannya telah pulang ke kampung di Kelantan dan seterusnya ke Sungai Petani bersama isteri bagi menyambut tahun Baharu Cina disana.
Baca artikel berkaitan : KKM Sahkan Seorang Rakyat Malaysia Positif Koronavirus
Memetik dari mStar yang memetik akhbar Sinchew Daily, lelaki itu yang menunjukkan gejala-gejala seperti demam selesema biasa selepas mengalami demam dan batuk, bagaimanapun telah pergi sebuah hospital swasta untuk mendapatkan rawatan pada 23 Januari itu sebelum berangkat pulang ke Sungai Petani, Kedah.

Dia kemudian berangkat ke Kelantan untuk melawat keluarga sebelah isterinya, sebelum kembali ke Sungai Petani untuk menghadiri majlis ‘reunion’ dengan rakan-rakannya.

Lelaki berkenaan dianggarkan mempunyai kontak hampir 100 orang sepanjang membuat perjalanan di Malaysia dalam tempoh perayaan sebelum disahkan positif dan diasingkan di Hospital Sungai Buloh pada 2 Februari lalu .