fbpx
Now Reading
Covid-19 : Jemaah Umrah Diberi Masa 3 Hari Untuk Keluar Dari Mekah

Covid-19 : Jemaah Umrah Diberi Masa 3 Hari Untuk Keluar Dari Mekah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi pada petang Khamis telah mengeluarkan satu pekeliling diletakkan dengan notis ‘top urgent kepada jemaah umrah untuk keluar dari Mekah dalam tempoh tiga hari dipercayai akibat penularan wabak COVID-19.

Pekeliling yang diterima semua pengendali ibadat umrah atau muassasah yang berada di Jeddah, Arab Saudi meminta semua jemaah yang berada di luar Mekah untuk segera ke kota berkenaan bagi menyempurnakan ibadat umrah dan meninggalkan Arab Saudi dalam tempoh tiga hari bermula hari ini sehingga 8 Mac 2020 (Ahad).

Memetik BH maklumat mengenai pekeliling itu disampaikan oleh seorang pengendali umrah iaitu Erdie Nasrullah yang menetap di Jeddah.

“Setakat hari ini, kerajaan Arab Saudi masih menghentikan kegiatan umrah berikutan penularan COVID-19 dan syarikat penerbangan, antaranya Saudi Airlines sudah mengeluarkan notis penggantungan sementara sehingga April ini.

“Ramalan kami dalam kalangan orang tempatan di Arab Saudi, berkemungkinan sekatan ini akan diteruskan sehingga Ramadan dan terus kepada musim haji nanti,” katanya

Tambah Edie lagi kawalan dipertingkatkan sebagai langkah berjaga-jaga memandangkan terdapat dua kes positif wabak berkenaan yang telah dicatatkan di Arab Saudi.

“Jemaah semakin berkurangan setakat hari ini tetapi tidaklah sampai lengang. Cuma yang tinggal adalah saki baki jemaah yang masuk ke Makkah sebelum berlakunya penggantungan sementara visa.

“Setakat ini tidak ada kemasukan jemaah dan semua pengusaha serta pengendali umrah sedang menunggu pengumuman lanjut daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi sama ada penggantungan ini dihentikan atau sebaliknya,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.