
Selepas Seminggu Menanti, Akhirnya Terjawab, Ini Senarai Menteri Kabinet Baru 2020
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Akhirnya selepas seminggu, Perdana Menteri ke-8 Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi tadi dilaporkan menghadap Yang di- Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mempersembahkan senarai jemaah menteri baharu, disekitar jam 11 pagi
Dalam satu kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri, Muhyiddin dijangka mengumumkan barisan Kabinet itu pada 5 petang selepas mendapat perkenan YDPA.

“Setelah mendapat perkenan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Perdana Menteri dijangka akan mengumumkan senarai Jemaah Menteri pada hari ini, jam 5 petang bertempat di Pejabat Perdana Menteri , Putrajaya” tulis kenyataan ringkas itu .

Pengumuman jemaah menteri hari ini mengakhiri persoalan banyak pihak mengenai kabinet pertama kerajaan Perikatan Nasional selepas tumbangnya pentadbiran 22 bulan Pakatan Harapan (PH)
Di bawah kami kongsikan senarai Menteri Kabinet 2020 dibawah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin :
Jemaah Menteri Kabinet 2020 Perikatan Nasional
Perdana Menteri : YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri Kanan – Menteri Perdagangan dan Industri
Menteri : YB Dato Seri Mohammed Azmin Ali
Timbalan : Dato Lim Ban Hong (akan dilantik sebagai senator)
Menteri Kanan – Menteri Pertahanan
Menteri : YB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob
Timbalan Menteri: YB Dato’ Sri Ikhmal Hisham Bin Abdul Aziz
Menteri Kewangan
YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri I: YB Datuk Abd. Rahim Bin Bakeri
Timbalan Menteri II: YB Mohd Shahar Bin Abdullah
Menteri Kanan – Menteri Kerja Raya
YB Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof
Timbalan Menteri: YB Datuk Dr Shahruddin Bin Md Salleh
Menteri Kanan – Menteri Pendidikan
Menteri : YB Dr Mohd Radzi Md Jidin
Timbalan Menteri I: Dato’ Dr Mah Hang Soon (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri II: YB Muslimin Bin Yahaya
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)
YB Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed
Timbalan Menteri: YB Arthur Joseph Kurup
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas)
YB Dato’ Seri Mohd Redzuan Md Yusof
Timbalan Menteri: YB Datin Mastura Binti Yazid
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang)
Menteri : YB Dato’ Takiyuddin Bin Hassan
Timbalan Menteri: YB Dato’ Eddin Syazlee Shith
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
Menteri : YB Dato’ Seri Dr. Hj Zulkifli Mohamad Al-Bakri (dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri: YB Ahmad Marzuk Bin Shaary
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak)
YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili Timbalan Menteri: YB Dato’ Hajah Hanifah Hajar Taib
Menteri Pengangkutan
Menteri : YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Timbalan Menteri: YB Haji Hasbi Bin Haji Habibollah
Menteri Alam Sekitar
Menteri : YB Dato’ Tuan Ibrahim Bin Tuan Man
Timbalan Menteri: Dato’ Dr Ahmad Masrizal Muhammad (akan dilantik sebagai senator)
Menteri Sumber Manusia
Menteri : YB Datuk Seri Saravanan A/L Murugan
Timbalan Menteri: YB Haji Awang Bin Hashim
Menteri Wilayah Persekutuan
Menteri : YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Bin Musa
Timbalan Menteri: YB Dato’ Sri Dr Santhara Kumar
Menteri Wanita dan Keluarga
Menteri :YB Datuk Seri Rina Binti Mohd Harun
Timbalan Menteri: YB Dato’ Hajah Siti Zailah Binti Mohd Yusoff
Menteri Pengajian Tinggi
Menteri :YB Dato’ Dr Noraini Binti Ahmad
Timbalan Menteri: YB Dato’ Dr Mansor Bin Othman
Menteri Tenaga dan Sumber Asli
Menteri : YB Dato’ Dr Shamsul Anuar Hj Nasarah
Timbalan Menteri: YB Ali Anak Biju
Menteri Dalam Negeri
YB Datuk Seri Hamzah Bin Zainuddin
Timbalan Menteri I: YB Dato’ Sri Dr Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said
Timbalan Menteri II: YB Jonathan Yassin
Menteri Kesihatan
Menteri : YB Dato’ Sri Dr Adham bin Baba
Timbalan Menteri I: YB Dato’ Dr Noor Azmi bin Ghazali Timbalan Menteri II: YB Datuk Aaron Ago Dagang
Menteri Pertanian dan Industri Makanan
Menteri : YB Datuk Seri Dr Ronald Kiandee
Timbalan Menteri I: YB Datuk Seri Hj Ahmad Bin Hamzah
Timbalan Menteri II: YB Dato’ Haji Che Abdullah Bin Mat Nawi
Menteri Pembangunan Luar Bandar
Menteri : YB Datuk Dr Hj Abd Latiff Bin Hj Ahmad
Timbalan Menteri I: YB Dato’ Abdul Rahman Bin Mohamad
Timbalan Menteri II: YB Dato’ Henry Sum Agong
Menteri Luar Negeri
YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein
Timbalan Menteri: YB Dato’ Kamaruddin Jaffar
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
YB Datuk Alexander Nanta Linggi
Timbalan Menteri: YB Dato’ Rosol Bin Wahid
Menteri Komunikasi dan Multimedia
Menteri L YB Dato’ Seri Saifuddin bin Abdullah
Timbalan Menteri: YB Datuk Zahidi Bin Zainul Abidin
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Menteri : YB Hajah Zuraida Kamaruddin
Timbalan Menteri: YB Dato’ Sri Ismail Bin Abd Mutalib
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
Menteri : YB Khairy Jamaluddin
Timbalan Menteri: YB Ahmad Amzad Bin Hashim
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Menteri : YB Dato’ Sri Dr Hj Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Timbalan Menteri: YB Datuk Wira Mas Ermieyati Binti Hj Samsudin
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Menteri :YB Dato’ Dr Mohd Khairuddin Bin Aman Razali
Timbalan Menteri I: YB Dato’ Sri Dr Wee Jeck Seng
Timbalan Menteri II: YB Willie anak Mongin
Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan
Menteri : YB Dato’ Sri Hajah Nancy Binti Shukri
Timbalan Menteri: YB Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan
Menteri Perpaduan Negara
Menteri :YB Datuk Halimah Binti Mohamed Sadique
Timbalan Menteri: YB Dato’ Sri Tiong King Sing
Menteri Belia dan Sukan
Menteri : YB Dato’ Sri Reezal Merican Bin Naina Merican
Timbalan Menteri: Wan Ahmad Fayhsal Bin Wan Ahmad Kamal (akan dilantik sebagai senator)