fbpx

DBKL Beku Lesen Jual Arak, Kuat kuasa Serta-Merta

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Trend kemalangan maut disebabkan pemandu mabuk benar-benar merungsikan orang ramai. Malah setakat Januari 20020, Polis Diraja Malaysia(PDRM) telah merekodkan sembilan kes kemalangan maut disebabkan pemandu mabuk.

Mendengar keluhan orang ramai , Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akhirnya bertindak membekukan semua permohonan baharu lesen minuman keras di ibu negara berkuat kuasa serta-merta.

Memetik Sinar Harian, DBKL menerusi Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Penjaja memaklumkan, bakal mengenakan tindakan tegas ke atas mana-mana peniaga yang ingkar.

“Tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap mana-mana premis yang menjalankan aktiviti penjualan minuman keras tanpa lesen,” kata kenyataan itu.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, menerusi Twitter sebelum ini sudah memberi bayangan bahawa kesemua aktiviti membabitkan penjualan arak akan dibekukan.

Menurutnya, tindakan itu perlu dilakukan sehingga suatu garis panduan dan semakan perundangan dapat dilakukan.

“Dengan berlakunya kejadian pemandu mabuk dan menyebabkan kemalangan, adalah wajar pengeluaran lesen baru menjual arak di bekukan,” katanya menerusi Twitter.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.