fbpx
Now Reading
“Syarikat Penerbangan Perlu Kurangkan Harga Tambang” – Menteri Pengangkutan

“Syarikat Penerbangan Perlu Kurangkan Harga Tambang” – Menteri Pengangkutan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nampaknya keluhan orang ramai terutamanya golongan frequent traveller berhubung harga tambang penerbangan yang melambung tinggi baru-baru ini turut mendapat perhatian Menteri Pengangkutan, Dr Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Menerusi satu siaran akhbar, Dr Wee memaklumkan pihaknya telah bertemu dengan wakil tiga syarikat penerbangan tempatan iaitu Malaysia Airlines, AirAsia dan Malindo Air pada 11 jun lalu dalam usaha memulihkan semula sektor penerbangan.

Hasil pertemuan itu Menteri Pengangkutan itu telah meminta mereka untuk untuk menurunkan harga tambang memandangkan kerajaan sudah memberikan kelonggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) terhadap penumpang dalam pesawat juga pada pengunjung di terminal lapangan terbang.

Foto : FMT

“Pengurangan tambang dan kekerapan penerbangan itu sejajar dengan pengecualian arahan penjarakan sosial di dalam pesawat bagi semua perkhidmatan penerbangan berjadual dan tidak berjadual.

Syarikat penerbangan dalam respons balas mesyuarat kemudiannya menyatakan mereka menetapkan kadar tambang penerbangan dengan menggunakan kaedah dinamik (dynamic pricing mechanism) yang mengambil kira permintaan pasaran, keadaan ekonomi serta faktor lain seperti harga bahan api dan kos operasi.

Justeru mereka perlu memastikan permintaan yang berterusan dan stabil sebelum harga tambang dapat kembali ke tahap normal seperti sebelum COVID-19.

“Syarikat penerbangan memaklumkan bahawa harga tiket penerbangan ditentukan , antara lain mengambil kira kadar penawaran dan permintaan yang didorong oleh pasaran,” katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.

Waktu pembelian tiket turut main peranan

Selain itu kadar tambang juga bergantung pada waktu tiket itu dibeli. Semakin dekat dengan tarikh penerbangan semakin tinggi harga yang dibuka.

“Tambang penerbangan juga mengambil kira waktu tiket itu dibeli. Sekiranya tiket yang dibeli terlalu hampir dengan tarikh penerbangan, maka harga tambang akan menjadi lebih tinggi berbanding pembelian awal.

Beli tiket awal untuk harga murah

Orang ramai disaran membeli tiket awal untuk mendapatkan harga murah

“Orang ramai disaran untuk membuat perancangan dengan membeli tiket penerbangan lebih awal bagi mendapatkan tawaran harga tiket yang lebih murah berbanding pembelian di saat akhir,” katanya.

Mesyuarat Menteri berhubung PKP Pemulihan (PKPP) pada 18 Jun telah memutuskan supaya pelaksanaan penjarakan sosial di pintu pelepasan (boarding gate) sebelum memasuki pesawat dalam terminal lapangan terbang dikecualikan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.