fbpx
Now Reading
“Kerajaan PN Masih Teguh & Saya Adalah PM Yang Sah..” – Tan Sri Muhyiddin Yassin

“Kerajaan PN Masih Teguh & Saya Adalah PM Yang Sah..” – Tan Sri Muhyiddin Yassin

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/CFeQ_qdp4MD/

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini dalam satu kenyataan menjelaskan beliau mengambil maklum mengenai kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa telah mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baru.

Namun menurut beliau kesemua dakwaan tersebut perlu dibuktikan mengikut proses serta kaedah yang ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan.

“Dakwaan ini hendaklah dibuktikan menurut proses dan kaedah yang ditentukan ole Perlembagaan Persekutuan”

“Tanpa melalui proses tersebut, kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim hanyalah dakwaan semata-mata.

“Sehingga dibuktikan sebaliknya, Kerajaan Perikatan Nasional masih berdiri teguh dan saya adalah Perdana Menteri yang sah,” katanya dalam kenyataan rasmi tersebut

Perdana Menteri dalam masa sama turut meminta rakyat agar bertenang menghadapi situasi berkenaan dan akan ditangani dengan baik mengikut proses undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.