“Saya Akui Kempen PRN Sabah Antara Punca Peningkatan Kes Covid-19” – PM
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengakui kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah merupakan salah satu punca meningkatnya kes Covid-19 dalam negara.
Menurut beliau, perkara itu sukar dielakkan memandangkan PRN Sabah perlu diadakan seperti dijadualkan mengikut peruntukan di dalam Perlembagaan.
“Saya akui kempen PRN Sabah antara punca peningkatan kes Covid-19 dalam negara.
“Ini sesuatu yang tidak dapat dielakkan kerana kita tertakluk kepada peruntukan di dalam perlembagaaan” katanya sewaktu Perutusan Khas Situasi Semasa Covid-19 yang disiarkan secara langsung di televisyen dan media sosial, hari ini.
Mengulas mengenai situasi semasa berkempen, meskpipun SPR sudah menetapkan SOP dalam memastikan wabak Covid-19 terkawal, beliau mengakui ada yang masih tidak mematuhinya .
“Misalnya penjarakan sosial. Ketika saya turun berkempen di banyak tempat, saya lihat SOP mengenai penjarakan sosial agak kurang dipatuhi.
“Walaupun hampir keseluruhan memakai pelitup muka, tetapi masih ramai yang duduk dekat-dekat dalam keadaan yang agak sesak,” tambah beliau lagi
Malah beliau sendiri terpaksa mengambil inisiatif membuat SOP sendiri bagi mengelakkan jangkitan Covid-19
“Saya datang dengan kereta terus ke pentas tanpa melalui khalayak ramai. Ketika mula berucap, saya peringatkan semua yang hadir supaya patuhi SOP yang ditetapkan ‘Duduk jangan rapat-rapat, pakai pelitup muka dan sentiasa basuh tangan atau gunakan sanitizer
“Setelah habis berucap, saya terus masuk kereta dan meninggalkan tempat ceramah. Dengan itu, saya tidak bersalam atau menyentuh sesiapa,”
“Namun, hakikatnya telah ada mereka yang dijangkiti Covid-19 ketika berada di Sabah. Ini sesuatu yang amat mendukacitakan,” katanya .