fbpx
Now Reading
Kerajaan Laksana PKP Di Seluruh Negara Kecuali Sarawak Bermula 22 Januari

Kerajaan Laksana PKP Di Seluruh Negara Kecuali Sarawak Bermula 22 Januari

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram   disini !

Kerajaan hari ini memutuskan untuk mengenakan Perintah Kawalan Pererakan (PKP) di seluruh negara kecuali di Sarawak bermula 22 Januari.

Ini berikutan kesemua negeri yang dikenakan PKPB/PKPP selain Sarawak iaitu Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Perlis turut merekodkan jumlah kes positif yang agak tinggi sehingga 18 Januari 2021.

Perkara tersebut diumumkan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media harian petang tadi.

Jelas beliau, pelaksanaan di enam negeri tersebut akan mula dikuatkuasakan bermula 12.01 tengah malam pada 22 Januari 2021 dan berakhir pada 4 Februari 2021.

Sebelum ini, pada 11 Januari, 6 negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan, Johor, Sabah dan Melaka sudah diletakkan di bawah PKP sehingga 26 Januari.

Ia kemudian disusuli dengan negeri Kelantan dan daerah Sibu, Selangau dan Kanowit di negeri Sarawak yang turut menerima perintah sama dari 16 Januari hingga 29 Januari 2021.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.