fbpx
Now Reading
Gara-gara Pakai Baju Dengan Ayat Nista Pada Guru, 2 Pelajar Didakwa Di Mahkamah

Gara-gara Pakai Baju Dengan Ayat Nista Pada Guru, 2 Pelajar Didakwa Di Mahkamah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Baru-baru ini tular di media sosial foto menyaksikan aksi dua dari tiga remaja yang menunggang dua motosikal memakai baju sekolah dengan tulisan menghina guru.

Foto tersebut kemudian menaikkan kemarahan orang ramai yang menyifatkan kedua-dua pelajar tersebut sebagai biadap dan langsung tidak menghormati jasa para guru yang selama ini mendidik mereka.

Seorang dari mereka turut dillihat tidak menggunakan helmet sehingga menarik perhatian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

JPJ Kelantan kemudiannya telah mengambil tindakan dengan mengeluarkan notis temu siasat mengikut seksyen 114 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kepada pemilik motosikal terbabit.

Didakwa di Mahkamah Majister atas pertuduhan menghina

Foto : Harian Metro

Tidak cukup dengan itu, terbaru hari ini, kedua-dua remaja berusia 17 tahun itu difahamkan sudah pun didakwa di Mahkamah Majistret Kota Baharu atas pertuduhan menghina.

Mereka mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Izuddin Mohd Shukri.

Berdasarkan kertas pertuduhan, kedua-dua pelajar ini didapati menggunakan baju yang mempunyai tulisan bermaksud menghina atau lucah sehingga mengganggu keamanan setempat kerana dipakai di tempat awam iaitu di bulatan Chempaka, Kota Bharu sekitar 4 petang 3 Mac lalu.

Ekoran itu kedua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan berdepan denda tidak melebihi RM100 mengikut akta yang sama.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan kedua-dua tertuduh diberi jamin RM100 dengan seorang penjamin.

Majistret kemudiannya menetapkan sebutan semula kes dan laporan akhlak pada 22 Jun ini.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.