fbpx
Now Reading
KKM Pertimbang Ketatkan SOP atau Laksana PKP Penuh Di Selangor

KKM Pertimbang Ketatkan SOP atau Laksana PKP Penuh Di Selangor

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui gelombang keempat Covid-19 ketika ini menyaksikan negeri Selangor paling teruk terkesan dengan kes harian melebihi 1000 orang setiap hari.

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ketika ini sedang mempertimbangkan cadangan untuk mengetatkan kembali prosedur operasi standard (SOP) atau kembali melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri tersebut.

Menerusi laporan Sinar Harian , Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata cadangan tersebut akan dipertimbangkan sekiranya tahap penularan wabak COVID-19 di negeri itu tidak mampu dikawal lagi.

Beliau berkata demikian kepada media sewaktu ditanya mengenai langkah kawalan yang longgar di Selangor meskipun negeri tersebut terus mencatatkan jumlah kes yang melebihi 1000 setiap hari.

“Sekiranya melihat kepada ketidakupayaan mengekang penularan Covid-19, maka cadangan untuk melaksanakan PKP penuh adalah satu perkara yang boleh dipertimbangkan,” kata Adham dipetik dari Sinar Harian.

Tambahnya dengan pelaksanaan PKP penuh, ianya dapat memberikan KKM laluan untuk melakukan lebih banyak ujian, pengasingan dan rawatan.

“Kerajaan negeri juga menjalankan ujian RTK- Antigen di kawasan yang mempunyai bilangan kes tinggi serta melakukan pengesanan kontak dengan cepat,” katanya lagi.



© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.