fbpx
Now Reading
Lelaki Kongsi Video Sokong Israel DiTikTok Didapati Positif Dadah, Disyaki ‘High’ Masa Rakam Video

Lelaki Kongsi Video Sokong Israel DiTikTok Didapati Positif Dadah, Disyaki ‘High’ Masa Rakam Video

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini media sosial hangat memperkatakan mengenai penularan satu video yang dimunaik seorang pengguna TikTok berhubung pendiriannya yang secara lantang menyokong kekejaman rejim Israel kepada masyarakat Palestin.

Menggunakan nama @Pahlawan90 ,tindakannya memuat naik video berdurasi 59 saat itu membangkitkan kemarahan netizen yang menyifatkan individu berkenaan tidak sensitif dengan isu global yang sedang berlaku ketika ini.

@ratu.kecam

#duet with @pahlawan90 jijik nya😘

♬ bunyi asal pendekar kental

Terbaru, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad mengesahkan individu terbabit yang merupakan penjawat awam itu sudah ditahan dan didapati positif dadah.

Dia yang berusia 31 tahun difahamkan telah ditahan selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Melaka Tengah, semalam.

Positif dadah jenis Morfin

“Pihak polis Melaka Tengah menerima laporan berkaitan kes video tular suspek yang menyokong Israel dalam aplikasi TikTok yang mana hasil siasatan, suspek telah memuat naik video itu dengan nama pengguna @pahlawan90 sehingga menimbulkan reaksi negatif masyarakat.

“Susulan itu, suspek yang merupakan penjawat awam di Melaka itu telah dipanggil untuk diambil keterangan dan hasil saringan ujian air kencing yang dilakukan mendapati lelaki itu positif dadah jenis morfin,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Disyaki positif dadah semasa membuat rakaman

Tambah Afzanizar, berdasarkan siasatan yang dijalankan, lelaki berkenaan juga disyaki berada di bawah pengaruh dadah sewaktu membuat rakaman video berkenaan sebelum dia memuatnaiknya ke media sosial.

“Pihak polis berjaya merampas satu telefon bimbit yang dipercayai digunakan ketika memuat naik video tersebut di aplikasi TikTok dan suspek kini ditahan reman selama dua hari dibawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Lelaki itu juga disiasat di bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia kerana memuat naik video menyentuh sensitiviti agama itu,” katanya.

Terdahulu netizen di media sosial mendakwa lelaki berkenaan merupakan seorang warden yang bertugas di sebuah penjara di Melaka.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.