Isu IG Live Berunsur luncah Babitkan Budak Bawah Umur, Polis Tahan Safiey Illias Untuk Siasatan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

[Terkini] Safiey Ilias bersama rakannya direman selama tiga hari di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi bermula hari ini selepas didakwa melakukan komunikasi luca dan amang seksual pada kanak-kanak bawah umur.

Perintah reman bermula hari ini sehingga Ahad dan dikeluarkan oleh Hakim Effandi Nazila Abdullah yang bertindak selaku majistret.


Media sosial hari ini hangat memperkatakan mengenai penularan satu video dari IG Live tidak bermoral membabitkan seorang usahawan kosmetik, Safiey Ilias bersama seorang rakannya.

Namun kehadiran dua remaja bawah umur yang turut serta sewaktu live tersebut membangkitkan kemarahan orang ramai memandangkan topik mereka pada malam itu adalah membabitkan seks, tarian lucah dan pelbagai lagi kesalahn.

Seorang pensyarah, Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar kemudiannya tampil membuat satu laporan polis di Balai Polis Bandar Baru Bangi memandangkan terdapat beberapa salah laku yang dilakukan individu terbabit antaranya di bawah Akta Kesalahan Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Polis kemudiannya mengesahkan sedang mengesan usahwan tersebut iaitu pemilik akaun IG ‘safieyillias94’ dan rakannya iaitu pemilik akaun IG ‘pipinatasha’ yang juga hos bersama di video tersebut.

Terbaru hari ini, Ketua Polis Daerah Kajang mengesahkan pihaknya sudahpun menahan Safiey Ilias sudah di sekitar daerah Kajang, petang semalam bagi membantu siasatan berhubung Video Live tersebut.

“Kita dah tangkap semalam, pada pagi ni polis membuat permohonan reman untuk siasatan lanjut,” ujarnya ringkas sebentar tadi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 12 (1) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.