fbpx
Now Reading
Belajar Perubatan Dari Internet, Pemuda 20 Tahun ‘Kantoi’ Menyamar Jadi Doktor Di PPV Di Kuching

Belajar Perubatan Dari Internet, Pemuda 20 Tahun ‘Kantoi’ Menyamar Jadi Doktor Di PPV Di Kuching

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bunyinya kedengaran pelik tapi itulah sebenarnya yang terjadi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Petra Jaya, Kuching apabila seorang lelaki didakwa kerana menyamar menjadi seorang doktor.

Lebih mengejutkan apabila lelaki dari Bandar Baru Samarian tersebut difahamkan baru berusia 20 tahun.

Menyamar 32 kali

Menerusi laporan Malaysiakini yang memetik See Hua Daily, lelaki berkenaan sudah menjalankan aktiviti penyamaran tersebut di Hospital Umum Sarawak sekurang-kurangnya 32 kali dari Jun hingga tertangkap pada 1 Julai yang lalu.

Malah dia turut memiliki cop palsu, kad nama palsu, peralatan perlindungan peribadi (PPE), alatan perubatan dan kelengkapan sendiri yang lain bagi menjayakan ‘misi’ penyamarannya.

Meskipun didakwa telah mengendalikan kaunter pendaftaran PPV tanpa kelulusan daripada petugas disana, tiada sebarang laporan sama ada lelaki itu ada memberikan untikan vaksin mahupun melakukan prosedur perubatan yang lain.

‘Kantoi’ selepas umurnya diketahui

Namun selepas hampir beberapa minggu ‘terselamat’, penipuannya berjaya diketahui selepas seorang pakar perubatan di sana terkejut sebaik mendapati pelaku baru berusia 20 tahun.

Menerusi laporan The Borneo Post pelaku sebenarnya sudahpun menjalankan penyamaran sejak januari lalu.

‘Belajar perubatan guna internet’

Menurut polis, suspek menjelaskan dia bertindak sedemikian kerana “berminat untuk menjadi doktor” . Dia kemudiannya memaklumkan belajar segala perkara membabitkan perubatan menggunakan carian dalam internet.

Sehubungan itu dia kini didakwa mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyamar sebagai penjawat awam. Jika didapati bersalah dia akan berdepan hukuman penjara dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Namun tiada pengakuan yang direkodkan dari tertuduh memandangkan dia berusia di bawah 21 tahun sementara menunggu laporan akhlak dikeluarkan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.