fbpx
Now Reading
[Terkini] PKPD Di 34 Mukim Di Selangor Ditamatkan Hari Ini – TPM

[Terkini] PKPD Di 34 Mukim Di Selangor Ditamatkan Hari Ini – TPM

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Perinatah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dilaksanakan kerajaan di 34 mukim di selangor bermula pada 3 Julai lalu ditamatkan hari ini, 16 Julai 2021.

Keputusan tersebut dimaklumkan Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob menerusi satu kenyataan sebentar tadi.

Menurut beliau ssidang khas Majlis Keselamatan Negara telah meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai situasi semasa dan bersetuju untuk tidak melanjutkan PKPD di kesemua mukim terliba

“Kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 34 mukim di negeri Selangor yang dijadualkan tamat pada hari ini, 16 Julai 2021.

“Sidang Khas MKN telah meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi semasa dan bersetuju untuk tidak melanjutkan PKPD di kesemua mukim yang terbabit” jelas beliau.

Namun beberapa PKPD Lokaliti dilaksanakan di beberapa kawasan bermula 18 Julai

Namun menerusi kenyataan sama 4 PKPD lokaliti akan dilaksanakan di dalam negeri Selangor bermula 18 Julai hingga 31 Julai 2021 iaitu :

1.Damai Apartment, PJS 8, Mukim Damansara, Daerah Petaling
2.Jalan Pandan Indah, Mukim Ampang, Daerah Hulu Langat
3.Jalan Batu Nilam, Bandar Bukit Tinggi, Mukim Klang, Daerah Klang
4.Taman Samudera, Mukim Batu, Daerah Gombak

Selain 4 lokaliti ini ,kerajaan turut melaksanakan PKPD Lokaliti di semua kawasan di bawah mengikut negeri :

Pahang

13 Lokaliti dalam daerah Kuantan :

Tanjung Lumpur, Peramu, Anak Air,Sungai Derhaka, Kempadang, Sg Soi, Kg Pahang, Taman Seri Inderapura, Taman Indera Sempurna, Taman Tas dan Pandan, Sungai Isap, Lorong Seri Teruntum, Taman Impianku

Temerloh

Taman Chengal, Temerloh, Pahang

Sabah


1.Ladang Sawit KLK Lungmanis & Perumahan Kilang, Mukim Silabukan, Lahad Datu, Sabah
2.Kampung Pinolobuh Bukid, Kota Belud, Sabah

Sarawak

Kuching

1. Kampung Seratau
2. Kampung Astana Lot
3. Kampung Sungai Bedil Besar

Terdahulu Ismail Sabri mengumumkan sembilan lokaliti di KL yang dikenakan PKPD itu iaitu PPR Sri Semarak, PPR Batu Muda, Kampung Padang Balang, Taman Koperasi Polis (Fasa2), Flat Sri Sabah, PPR Kampung Baru Air Panas, PPR Kerinchi, Bandar Baru Sentul dan Taman Ikan Ema akan ditamatkan pada 15 Julai.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.