fbpx
Now Reading
Padah Potong Gelang Pink Sebab Nak Bersiar-siar, Remaja Dikompaun RM5,000

Padah Potong Gelang Pink Sebab Nak Bersiar-siar, Remaja Dikompaun RM5,000

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam tular satu video memperlihatkan seorang remaja perempuan dengan selamba menanggalkan gelang merah jambu yang dipakai olehnya dipercayai untuk keluar bersiar-siar. 

Menerusi video tersebut, seorang wanita yang juga rakannya sedang berbual dengan remaja berkenaan mengenai tindakannya membuka gelang kuarantin berkenaan.

Mula dimuat naik di laman TikTok, video berkenaan kemudian tular ke laman Twitter selepas dikongsikan seorang pengguna Twitter hingga menimbulkan kemarahan ramai.

Dia pakai gelang pink lepastu cabut sebab nak keluar

Terbaru Polis Diraja Malaysia memaklumkan sudah berjaya mengesan wanita muda tersebut selepas penularan video berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat, hasil siasatan pihaknya mendapati kejadian itu berlaku di Kamunting, Taiping.

Mereka kemudian telah bertindak mengkompaun gadis tersebut sebanyak RM5,000.

Remaja tersebut difahamkan sudah menjalani ujian calitan pada Sabtu lalu dan keputusannya masih belum diperolehi.

“Selepas mengenalpasti video itu, polis berjaya mengesan lokasi remaja terbabit yang didapati menanggalkan gelang kuarantin tanpa kebenaran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jalani swab test pada sabtu namun masih tunggu keputusan

“Remaja terbabit menjalani ujian calitan pada Sabtu lalu dan keputusannya masih belum diperolehi.

“Difahamkan ketika kejadian itu, dia dikatakan hanya singgah di rumah rakannya di kawasan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

“Nilai kompaun individu berjumlah RM5,000 berdasarkan magnitud kesalahan (Kategori 1: Bil. 1) telah dikeluarkan kepada wanita tersebut yang diperuntukkan di dalam prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” kata kenyataan itu lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.