fbpx
Now Reading
Selepas Shamsul Anuar, Noraini Pula Letak Jawatan Menteri Pengajian Tinggi

Selepas Shamsul Anuar, Noraini Pula Letak Jawatan Menteri Pengajian Tinggi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tiga hari lalu, kemelut politik negara menyaksikan Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah meletakkan jawatannya sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli, berkuat kuasa serta merta.

Jelasnya keputusan itu dibuat selepas mengambil kira beberapa keputusan dan pendirian parti.

Terbaharu hari ini, Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad pula dilihat mengikut jejak sama dengan meletakkan jawatannya sebagai Menteri Pengajian Tinggi berkuat kuasa serta merta.

Jelasnya keputusan itu diambil kerana akur dengan keputusan Majlis Tertinggi (MT)

Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO menjelaskan keputusan itu diambil kerana akur dengan keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada 3 Ogos lalu yang menarik sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana telah memberi peluang kepada saya untuk berkhidmat sebagai Menteri Pengajian Tinggi di dalam Kerajaan Persekutuan.

“Saya percaya, kita telah berusaha melakukan yang terbaik dalam menguruskan negara mendepani pandemik Covid-19 yang telah menjejaskan kehidupan manusia di seluruh dunia. Usaha ini akan saya teruskan walaupun tidak lagi menjadi Menteri Kabinet Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dia dalam masa sama turut menzahirkan rasa terima kasih kepada semua pihak terutama warga Kementerian Pengajian Tinggi dan semua pemegang taruh berkaitan kementerian yang banyak membantunya melaksanakan tugas.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.