fbpx
Now Reading
Zahid Gesa Jabatan Peguam Negara Kaji Semula Kesemua Pertuduhan Najib

Zahid Gesa Jabatan Peguam Negara Kaji Semula Kesemua Pertuduhan Najib

Hal ini susulan sebelum ini tular di media sosial satu dokumen yang didakwa ‘Memo Dalaman’ daripada AGC berhubung enam pertuduhan yang dikenakan terhadap Najib dan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta Jabatan Peguam Negara (AGC) agar mengkaji semula semua pertuduhan yang dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri I itu akan mengambil tindakan segera sekiranya memo daripada pasukan pendakwaan kepada bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas berhubung kes Najib yang tular baru-baru ini adalah asli.

“Rakyat khususnya kepimpinan dan ahli UMNO menaruh keyakinan bahawa penganiayaan yang dikenakan kepada Najib atas arahan kerajaan dan pemimpin ketika itu harus dijadikan asas untuk memperlihatkan bahawa keadilan mesti diberikan keutamaan oleh pihak Jabatan Peguam Negara.

“Kami mempunyai keyakinan penuh pada kredibiliti dan kemampuan Jabatan Peguam Negara untuk meneliti serta melakukan sesuatu yang lebih positif supaya Najib benar-benar diberi keadilan,” katanya dipetik Kosmo semalam (29 Ogos).

Tular dokumen didakwa ‘Memo Dalaman’ daripada Jabatan Peguam Negara

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai satu dokumen yang didakwa ‘Memo Dalaman’ daripada Jabatan Peguam Negara oleh pasukan pendakwaan bagi kes melibatkan firma pelaburan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC).

Memo bertarikh 10 September 2019 itu dikatakan menyentuh mengenai enam pertuduhan yang dikenakan terhadap Najib dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah.

6 pertuduhan tidak penuhi kehendak minimum untuk pertuduhan pecah amanah

Difahamkan, isi kandungan di dalam memo tular itu berbentuk cadangan daripada pasukan pendakwaan berkenaan, yang sebulat suara mengambil pendirian bahawa enam pertuduhan yang dikenakan tidak memenuhi kehendak minimum untuk pertuduhan pecah amanah (CBT) bagi mendapatkan kes prima facie.

Dokumen itu dikatakan ditujukan kepada Tommy yang pada ketika itu memegang jawatan sebagai Peguam Negara.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.