fbpx
Now Reading
KJ Sahkan Anggota Kabinet Sudah Serahkan Surat Perletakan Jawatan

KJ Sahkan Anggota Kabinet Sudah Serahkan Surat Perletakan Jawatan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui semalam, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof mendedahkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka bakal membuat satu pengumuman khas pada hari ini.

Namun menerusi laporan dari Malaysiakini , Pak Wan turut mendedahkan Muhyiddin juga akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

KJ sahkan perletakan jawatan

Terbaharu, Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi, Khairy Jamaluddin mengesahkan Jemaah Kabinet sudah pun menyerahkan surat perletakan jawatan kepada YDPA Agong.

Perkara itu dikongsikan Khairy atau lebih mesra dengan panggilan KJ menerusi satu muat naik di IG Storynya.

“Kami Jemaah Kabinet telah menyerahkan surat perletakan jawatan kepada Agong” tulis KJ

Beliau dalam masa sama turut mengucapkan terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan kepadanya untuk berbakti kepada negara.

“Terima kasih di atas peluang, sekali lagi untuk berbakti kepada negara. Semoga tuhan merahmati Malaysia” tulis Ahli Parilimen Rembau itu lagi.

Hishammuddin turut beri bayangan sama

Dalam pada itu Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein turut dilihat memberikan bayangan yang sama apabila memuat naik satu ciapan ringkas di Twitternya yang berbunyi : ” Adalah menjadi satu penghormatan untuk berbakti kepada negara kita dan rakyatnya. Semoga Allah merahmati kita semua”

Namun setakat artikel ini ditulis, belum ada sebarang pengumuman atau pengesahan rasmi dari Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang difahamkan baru sahaja meninggalkan Istana Negara.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.