fbpx
Now Reading
56 Ahli Politik Langgar SOP Sepanjang PKP – Menteri Dalam Negeri

56 Ahli Politik Langgar SOP Sepanjang PKP – Menteri Dalam Negeri

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak bermulanya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerak (PKP) tahun lalu, antara isu yang paling kerap dibangkitkan orang ramai adalah perlanggaran SOP oleh golongan ‘kayangan’ termasuk selebriti dan orang kenamaan.

‘Bukti demi bukti’ yang tular terutamanya di media sosial menyebabkan rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati mereka hingga ada yang menggelar kerajaan sebagai berat sebelah dan menutup mata dalam hal membabitkan perlanggaran SOP oleh golongan kayangan ini.

Namun terbaru, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin di Dewan Rakyat mendedahkan sebenarnya terdapat 56 orang ahli politik yang telah ditahan kerana melanggar SOP PKP.

22 sudah didenda, 25 masih dalam siasatan

Dari jumlah tersebut, 22 darinya sudah dikenakan denda manakala 25 lagi kes masih dalam siasatan katanya menerusi jawapan bertulis selepas diajukan pertanyaaan oleh Ahli Parlimen Muar yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Manaka baki lapan lagi sudah diletakkan bawah tiada tindakan lanjut (NFA) manaka satu sudah dikenakan tuduhan di mahkamah.

“Lapan kes diletakkan bawah tiada tindakan lanjut (NFA) dan seorang ahli politik sudah dikenakan tuduhan di mahkamah,” katanya dipetik dari Malaysiakini.

Jelasnya kesemua kes pelanggaran SOP tersebut berlaku di antara 18 Mac 2020 lalu sewaktu negarasedangi dikenakan PKP menyelurruh hingga 25 Ogos lalu

Syed Saddiq sebelum itu mengemukakan soalan berhubung jumlah ahli politik yang dikesan melanggar SOP sepanjang penguatkuasaan PKP.

“Antaranya dakwaan ada ahli politik (hadir) di majlis makan beramai-ramai, makan di premis kedai makan (dine-in) dan tidak memakai pelitup muka di tempat awam,” katanya.

Najib antara yang pernah dikompuan

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak antara ahli politik yang pernah dikompaun kerana melanggar SOP PKP iaitu tidak mengimbas suhu dan gagal mendaftar kehadiran di premis itu melalui aplikasi MySejahtera atau menulis secara manual.

Beliau kemudian dikenakan kompaun RM3,000 pada Mei 2021 dan telah membayarnya beberapa hari kemudian.

Tiada beza rakyat atau kayangan

Terdahulu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri sewaktu menjawat jawatan Menteri Kanan (Keselamatan) telah mengeluarkan arahan kepada PDRM untuk mengeluarkan kompaun serta-merta terhadap mana-mana individu termasuk orang kenamaan seperti selebriti dan ahli politik yang didapati melanggar SOP.

Ia menurutnya bagi mengelakkan salah faham dalam kalangan rakyat yang kerajaan seolah-olah memberi layanan istimewa kepada golongan berkenaan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.