Tiga Jam Terkurung Didalam Van, Kanak-Kanak Autisme Ditemui Meninggal Dunia
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Seorang kanak-kanak autisme dilaporkan meningga dunia, selepas terkurung didalam sebuah van selama tiga jam.
Menerusi laporan Bernama, kanak-kanak perempuan berkenaan ditemui tidak sedarkan diri di hadapan rumah seorang pemandu van di Taman Nusari Bayu 2, Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan sebelum dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.
Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Mohd Said Ibrahim berkata, pihak polis tlelah mendapat laporan mengenai kanak-kanak berkenaan pada pukul 7.46 malam.
Menurutnya mangsa sepatutnya dihantar ke Pusat Jagaan Harian di Taman Nusari Aman oleh pemandu van, namun pemandu van pulang ke rumahnya tanpa menyedari mangsa masih berada di dalam van.
Ekoran dari itu pemandu van berkenaan tidak menyedari meninggalkan mangsa di dalam kenderaan itu, antara 2.30 petang hingga 5.30 petang di hadapan rumahnya.
“Satu laporan polis diterima jam 7.46 malam tadi mengenai kematian seorang kanak-kanak autisme berumur lapan tahun di dalam sebuah van di Taman Nusari Bayu 2.
“Mangsa mempunyai kad orang kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran.
“Siasatan awal mendapati mangsa sepatutnya dihantar ke pusat jagaan harian di Taman Nusari Aman, di sini, oleh pemandu van berkenaan, tetapi lelaki ini pulang ke rumah tanpa menyedari kanak-kanak itu masih berada di dalam kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan.
Hanya ditemukan pada pukul 5.30 petang
“Mangsa hanya ditemukan 5.30 petang dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban dan kemudian disahkan sudah meninggal dunia,” katanya.
Beliau berkata, susulan kejadian, pemandu van, berusia 34 tahun itu ditahan dan pihaknya akan memohon perintah reman terhadap lelaki itu, hari ini.
“Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001. Bedah siasat ke atas mangsa akan dijalankan untuk mengesahkan punca kematian,” ulasnya.