fbpx
Now Reading
Anggota Bomba Parah Dalam Letupan Kebakaran Kilang Meninggal Dunia

Anggota Bomba Parah Dalam Letupan Kebakaran Kilang Meninggal Dunia

Dalam insiden pada sabtu lalu, Arwah dan seorang anggota ERT cedera parah manakala seorang lagi pegawai bomba melecur akibat terkena letupan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Segamat yang cedera parah akibat terkena letupan ketika operasi memadam kebakaran di sebuah kilang di Segamat Sabtu lalu, 11 Disember disahkan telah meninggal dunia.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Datuk Yahaya Madis berkata Allahyarham, Pegawai Bomba (PB) Mohd Firdaus Sulaiman, 32, meninggal dunia pada jam 4.15 pagi di Hospital Segamat.

“Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Zaitun, Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan.

“Allahyarham sudah sepuluh tahun berkhidmat sebagai Pegawai Bomba sejak 3 Disember 2012.

“Bersama-sama kita mendoakan semoga arwah ditempatkan bersama-sama orang beriman. Al-Fatihah,” kata Yahaya Madis dalam satu kenyataan pagi ini.

Dalam insiden pada sabtu lalu, Arwah dan seorang anggota pasukan tindakan kecemasan kilang (ERT), Mohamad Azuraini Mahrani, 40, cedera parah, manakala seorang lagi pegawai bomba melecur akibat terkena letupan ketika operasi memadam kebakaran di sebuah kilang memproses habuk kayu.

Pegawai bomba yang melecur adalah Pegawai Bomba Kanan II Khas Untuk Penyandang (KUP) Syed Putra Syed Mohd Al Atas, 52.

Impak letupan menyebabkan arwah dan Mohamad Azuraini yang berada di tingkat tiga tercampak kira-kira 10 meter ke tingkat bawah manakala Syed Putra yang berada di tingkat bawah melecur di belakang kepala selepas terkena bahang letupan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.