Raja Bomoh & Puteri Zaleha Didakwa Di Mahkamah Syariah
Ibrahim yang ditahan kemudian dibebaskan dengan jaminan Mahkamah Rendah Syariah Ipoh.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Raja Bomoh atau nama sebenarnya Ibrahim Mat Zin yang sebelum ini tular dengan video ritual tolak bala telah didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh pada tengahari Jumaat.
Ibrahim dilihat hadir memakai sut berwarna hitam dan bersongkok tiba di pekarangan Jabatan Kehakiman Mahkamah Syariah Perak sekitar pukul 11 pagi tadi.
Prosiding dilakukan Pendakwa Syarie Negeri Perak, Suhaili Ishak manakala kedua-dua individu yang disiasat tidak diwakili peguam.
Suhaili memberitahu mahkamah bahawa dua individu terbabit disiasat mengikut Seksyen 16 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 di sebuah rumah di Taman Rapat Jaya 1, Ipoh sekitar jam 3.45 petang, 6 Januari.
Namun menurut Berita Harian, pihak pendakwaan tidak mengemukakan kertas pertuduhan pada prosiding itu kerana masih memerlukan masa untuk mengambil keterangan dan menjalankan siasatan lanjut.
Dibebaskan dengan jaminan mahkamah
Ibrahim yang ditahan kemudian dibebaskan dengan jaminan Mahkamah Rendah Syariah Ipoh.
Hakim Syarie, Mohd Najib Ab Razak memerintahkan Ibrahim dan juga Puteri Zaleha atau nama sebenar Suliaha Abdul Hamid untuk membayar wang jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin dalam kalangan ahli keluarga.
Mahkamah membuat ketetapan itu selepas membenarkan permohonan Suhaili yang dikemukakan mengikut Seksyen 22 Enakmen Tatacara Jenayah Perak 2004.
Terdahulu dia selepas lebih setahun senyap tanpa sebarang berita tiba-tiba membuat kemunculan semula apabila melakukan ritual menolak banjir yang videonya tular di media sosial.
Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) kemudian memaklumkan telah membuka kertas siasatan terhadap Ibrahim di atas kesalahan mencela dan menghina agama Islam mengikut Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992.
Dia bagaimanapun menafikan melakukan perbuatan khurafat sebaliknya ritual itu adalah petua orang dahulu kala seebagai ikhtiar untuk menjauhkan musibah banjir.
Baca artikel berkaitan :