fbpx
Now Reading
Lelaki Curi Pakaian, Butik Alami Kerugian RM50,000 [Video]

Lelaki Curi Pakaian, Butik Alami Kerugian RM50,000 [Video]

Menerusi video, lelaki tersebut telah memotong ‘bunting’ yang berada di luar kedai sebelum memecah masuk butik berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada Jumaat (26 Mac) yang lalu, telah tular satu rakaman CCTV memaparkan seorang pemuda lelaki yang memecah masuk ke dalam sebuah butik pakaian serta melarikan baju-baju di butik berkenaan.

Menerusi video kelihatan lelaki tersebut berulang kali keluar masuk daripada butik berkenaan dengan membawa pakaian dan meletakkannya di belakang boot kereta berwarna putih.

Ekoran kejadian itu, satu laporan polis telah dilakukan dan butik tersebut menganggarkan sebanyak RM50,000 kerugian yang dialami.

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, seorang pekerja berusia 30 tahun pada mulanya telah menerima satu panggilan daripada majikannya pada jam sekitar 12.30 malam yang memberitahunya mengenai kejadian tersebut.

“Pemeriksaan yang dibuat oleh wanita berkenaan mendapati pakaian, monitor dan sejumlah wang tunai telah dilarikan penjenayah, anggaran kerugian lebih kurang RM50,000,” kata Abd Khalid ketika dihubungi media semalam (27 Mac).

Tambahnya, menerusi pemeriksaan rakaman CCTV lelaki tersebut didapati telah mengumpil pintu ‘shutter’ bahagian hadapan kedai dan telah masuk menggunakan pintu kaca.

Menurutnya, melalui hasil semakan yang dilakukan kereta yang digunakan oleh suspek menggunakan nombor pendaftaran palsu.

“Siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” kata Abd Khalid.

Butik nafi ia satu gimik pemasaran

Butik pakaian Stoned & Co menerusi laman Instagram telah menafikan bahawa kejadian tersebut adalah satu gimik pemasaran sebaliknya ia benar-benar terjadi.

“Ini adalah sangat menyedihkan apabila ada segelintir pihak yang berfikir ini adalah satu gimik pemasaran.

“Kami percaya tiada jenama atau perniagaan yang mahu menjejaskan jenama mereka dengan melakukan gimik seperti ini,” tulisnya di dalam Instagram merujuk kepada dakwaan beberapa netizen bahawa ia hanyalah satu konten untuk mempromosikan kedai mereka.

Pihak butik berkenaan turut mengucapkan terima kasih kepada pihak polis kerana telah datang melihat keadaan di butik serta memaklumkan setiap maklumat yang didapati dari siasatan yang dilakukan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.