fbpx
Now Reading
Suspek Cabul 2 Wanita Di Tamarind Square, Cyberjaya Sudah Ditahan
Gari

Suspek Cabul 2 Wanita Di Tamarind Square, Cyberjaya Sudah Ditahan

Pihak polis bagaimanapun masih belum memberi perincian berkenaan suspek yang ditahan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Suspek yang disyaki telah mencabul dua wanita di sebuah pusat perniagaan Tamarind Square, Cyberjaya, telah berjaya ditahan pihak polis.

Memetik laporan MalaysiaKini, Ketua Polis Daerah Sepang, Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, suspek berjaya ditangkap oleh pasukan yang ditugaskan untuk memburu pelaku kes tersebut, pada tengah hari tadi, 6 April.

“Saya baru dimaklumkan suspek sudah berjaya ditangkap, dia kini dalam tahanan polis,” katanya kepada media menerusi kumpulan WhatsApp.

Walau bagaimanapun, perincian bagi penangkapan dan suspek masih belum dimaklumkan, namun Kamarul Azran membayangkan bakal membuat satu sidang media berkenaan kes tersebut.

Terdahulu, tular di media sosial perkongsian seorang wanita yang mendakwa rakannya dicabul oleh seorang lelaki. Tidak lama kemudiannya, seorang lagi pengguna turut berkongsi perkara sama namun membabitkan mangsa yang berbeza.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.