fbpx
Now Reading
Didakwa Berdepan Risiko Bankrap Kerana Tidak Bayar Hutang, Mawar Karim Perjelas Isu Sebenar

Didakwa Berdepan Risiko Bankrap Kerana Tidak Bayar Hutang, Mawar Karim Perjelas Isu Sebenar

Walau bagaimanapun, kes berkaitan isu bankrap itu telah dibawa ke mahkamah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam, nama usahawan tudung terkenal, Mawar Karim menjadi bualan hangat apabila dia dikatakan bakal berdepan dengan risiko bankrap.

Ia selepas mStar melaporkan Mawar Karim, 33, dikatakan ingkar membayar wang pinjaman berjumlah RM720,000 yang dipinjam daripada seorang sahabatnya, Nabil Mat Yahya bagi tujuan modal memulakan perniagaan.

Menurut peguam yang mewakili Nabil iaitu Nik Zarith, Mawar dikatakan gagal melunaskan hutang tersebut secara ansuran dalam tempoh tujuh bulan, bermula tarikh pinjaman iaitu 7 Jun 2021 seperti yang terkandung dalam perjanjian.

Sehubungan itu pihaknya telah menghantar notis tuntutan bayaran namun tiada sebarang jawapan.

Mereka kemudian memfailkan tuntutan saman di Mahkamah Seksyen Bangi, Selangor pada Januari lalu.

Mahkamah kemudian telah mengeluarkan penghakiman ingkar kehadiran kerana tiada sebarang respons yang diterima daripada pihak defendan di mana dia dikehendaki membayar semula wang yang telah dipinjam atau bakal berdepan kehilangan harta kerana dilelong dan juga risiko muflis.

Tidak berdiam diri, Mawar kemudiannya tampil menerusi satu hantaran di IG Story menafikan dakwaan tersebut.

“Ia hanya dfitnah “

Menurutnya, dia telah difitnah oleh seorang individu yang bergelar ‘S’ dan menyatakan tindakan individu tersebut hanya mahu memalukan dirinya.

Foto: IG Story Mawar Karim

“Wahai S tak habis-habis lagi create (isu) fitnah pasal saya.

“Tahun lepas pasal sekatan jalan raya (SJR), cukup setahun pasal lari hutang. Tiba-tiba mai bankrap pulak dah.

“Nak bagi saya malu satu Malaysia, jangan satu hari terbalik pula ceritanya,” kata Mawar.

Menerusi hantaran sama, Mawar turut memaklumkan bahawa orang ramai tahu siapakah gerangan individu yang bergelar ‘S’ ini.

Sebelum ini tular khabar angin di WhatsApp yang mendakwa Mawar mempunyai hubungan istimewa dengan Ahli Parlimen Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Menurut laporan media, gosip berkenaan mendakwa Mawar dilihat bersama Mohd Khairuddin di sebuah sekatan jalan raya (SJR) di Kemaman, Terengganu pada 16 Mei 2021.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.