fbpx
Now Reading
Berang Tidak Dibayar Gaji RM1700, Lelaki Tetak Bekas Majikan

Berang Tidak Dibayar Gaji RM1700, Lelaki Tetak Bekas Majikan

Dia bertindak menetak mangsa gara-gara berang tidak menerima gaji yang dimintanya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Gara-gara tidak dibayar gaji sebanyak RM1700 seorang lelaki bertindak menetak bekas majikan dengan menggunakan kapak serta pisau lipat dalam insiden di Jalan Penang, George Town, semalam (21 April).

Insiden yang berlaku kira-kira jam 9.50 pagi itu telah menyebabkan mangsa iaitu pemilik kedai gambar yang berusia 62 tahun mengalami kecederaan di tangan kanan, kiri serta bahagian belakang badan kerana ditetak oleh suspek dihadapan kedainya.

Suspek sudah beberapa kali meminta bayaran gajinya RM1,700

Menurut Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain, suspek yang berusia 48 tahun itu telah dibuang pada 12 April yang lalu, dia kemudian berang selepas tidak dibayar gaji oleh bekas majikannya itu.

“Suspek beberapa kali meminta bayaran gaji sebanyak RM1,700 daripada mangsa yang berjanji memberikan wang berkenaan.

“Bagaimanapun, kerana marah akibat tidak mendapatkan gaji yang dijanjikan suspek bertindak menetak mangsa,” kata Mohd Shuhaily.

Mangsa yang cedera dapatkan rawatan di hospital

Menurut beliau, suspek telah ditahan di lokasi insiden berlaku serta sedang menunggu bagi mendapatkan perintah tahanan reman.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan mangsa yang cedera mendapatkan rawatan di hospita;,” jelasnya lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.